Jika Teman Lelaki Serius Berbual Tentang Masa Hadapan, Mungkin Si Dia Mahu Berkahwin Dengan Anda.

 

Tidak semua lelaki mahu membicarakan tentang isu atau perkara yang serius. Terutamanya tentang perkahwinan dan pernikahan. Apabila anda berkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina, pasti akan timbul perasaan suka dan jatuh hati. Secara dasarnya ia akan membuatkan anda mula membayangkan masa hadapan dengan adanya gambaran si dia.

Yang penting ia terjadi secara semula jadi, sama-sama suka dengan topik yang serius tetapi membuahkan semangat untuk hidup bersama. Anda yakin, kalian berdua boleh hidup bersama sehingga akhir hayat sebagai suami dan isteri.



Jadi, apakah topik perancangan masa hadapan yang sering dibualkan jika itu menandakan jodoh anda? Jom baca..

1. “Nanti lepas kahwin, nak duduk mana eh?”

Anda secara tiba-tiba membuka topik dan bertanya pada si dia tentang tempat kediaman setelah berkahwin. Si dia juga dengan begitu teruja sudah membuat perancangan untuk membeli rumah di mana, rumah yang bagaimana, malah tidak sabar untuk decorate rumah tersebut. Si dia juga sudah membayangkan jika rumah itu diubahsuai, pasti sesuai untuk keluarga anda kelak.

Di sosial media juga, anda berdua sering berkongsi dan post tentang design rumah untuk masa akan datang. Anda berdua juga telah berbincang untuk duduk di rumah sendiri atau rumah keluarga terdahulu.

2. “Nak perkahwinan yang bagaimana?”

Tanpa segan silu, topik ini sering menjadi bahan bualan anda berdua. Lelaki kadang-kala sukar untuk membicarakan tentang isu ini dan menganggap wanita tersebut terlampau tergesa-gesa dan menggedik untuk berkahwin. Tetapi teman lelaki anda tidak kisah untuk jadikan topik ini sebagai bahan bualan seperti….



Mahu tema perkahwinan yang bagaimana?

Nak kahwin bajet atau ikut cara keluarga?

Mahu kahwin di mana?

3. “Dah banyak ke menyimpan untuk berkahwin?”

Si dia juga serius bertanyakan tentang simpanan anda. Adakah anda berbelanja boros? Bagaimana anda berjimat untuk menyimpan duit tabung perkahwinan? Si dia juga memberi cadangan untuk membuka akaun khas untuk tabung kahwin.

Si dia juga tidak segan silu untuk berkongsi tips menabung di sosial media. Baginya perkara sebegitu amat penting supaya anda tidak lalai untuk menyimpan.

Jika soalan-soalan ini sering disoalkan oleh teman lelaki anda, berkemungkinan dalam diam si dia juga turut lakukan perkara tersebut. Dan lelaki yang benar-benar mahu berkahwin sahaja bersedia untuk membicarakan tentang isu perkahwinan. Jika lelaki yang hanya mencari keseronokan, mereka tidak berani membuka topik ini.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,054 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen