Mengapa Wanita Lebih Cepat Tawar Hati Terhadap Pasangan Mereka?

 

Tawar hati adalah satu kekecewaan dan penat terhadap pasangan serta hubungan yang jalani. Di mana pada ketika ini, apa yang mereka mahukan adalah hentikan segala perkara yang menyakiti hati mereka. Tawar hati ini akan kerap berlaku pada pasangan yang mempunyai hubungan yang terlalu lama, tidak kiralah sama anda percintaan mahupun pernikahan. Mungkin semakin mengenali pasangan, ia membuatkan dirinya semkin dikecewakan.



Mengapa berlakunya tawar hati? Tawar hati ini berlaku pada wanita apabila mereka ini terlalu banyak menganggung kesakitan secara bersendirian. Di mana apabila mereka ingin meluahkan isi hati mereka, tiada yang sudi fahami ataupun dengari. Maka mereka memilih untuk simpan sehingga ia tidak mampu untuk tahan dan mula hilang perasaan terhadap hubungan.

Selain itu juga, ia boleh jadi apabila dirinya telah memberikan banyak peluang di dalam hubungannya namun tidak dihargai oleh pasangannya. Itu juga menjadi salah satu faktor mengapa hatinya menjadi tawar terhadap pasangan serta hubungan yang dibina. Setiap peluang yang yang diberikan kepada pasangannya itu seumpama membenarkan dirinya disakiti lagi.

Bukan hanya itu sahaja, wanita yang tawar hati ini juga merasakan dirinya itu bukan lah seseorang yang penting di sisi pasangannya. Di mana mereka ini rasa terabai, serta terpinggirkan. Mereka telah memberikan segalanya pada pasangannya namun, dirinya masih belum diterima sepenuhnya dalam hidup pasangannya.


Wanita yang mengalami tawar hati ini juga adalah mereka yang merasai ketidak keikhlasan hati pasangannya. Setiap hubungan memerlukan keikhlasan dari hati kedua-duanya. Jika hanya sebelah pihak sahaja yang ikhlas dan sebelah lagi tidak, bagaimana satu hubungan itu ingin bahagia.

Sering ditipu oleh janji-janji palsu juga menyebabkan seorang wanita itu menjadi tawar hati terhadap pasangannya. Wanita tidak mahu pengharapan, mereka mahukan kesungguhan yang benar-benar meyakinkan dirinya. Jika terlalu banyak janji tidak mustahil satu perasaan itu hilang kerana terlalu banyak terluka.

Memiliki pasangan ego ini kemungkinan akan membuat seorang wanita tawar hati. Mana tidaknya, pasangan seperti ini biasanya tidak mahu mengalah mahupun membenarkan wanita untuk mempergaruhi mereka. Mereka ini biasanya menjadi salah satu punca mengapa wanita itu menjadi tawar hati terhadap pasangan mahupun perhubungan.

Seorang wanita ini jika dirinya benar-benar sayang, dia pasti sanggup melakukan apa sahaja demi pasangan mereka walaupun terpaksa dilukakan berkali-kali. Tetapi apabila mereka ini tawar hati terhadap anda, pandang pun mereka tidak mahu lagikan mendengar suara anda. Maka berhati-hati lah anda jangan menyesal dikemudian hari kerana kehilangan orang yang benar-benar mencintai anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,206 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen