Petunjuk Jodoh Adalah Apabila Anda Yakin Untuk Hidup Bersama Dengannya. Jom Baca.

 

Kadang-kala kita sudah merasakan petunjuk jodoh itu daripada seseorang, tetapi oleh kerana terlalu memandang paras rupa, mementingkan pandangan luaran, dan hanya mahu seseorang yang  kita suka sudah pasti sebenarnya kita berlari jauh darinya. Secara tidak sengaja anda menjauhkan diri daripada jodoh kerana ia bukan seperti ciri-ciri yang anda mahukan.

Memang mudah mulut mengatakan, tidak kisah si dia bergaji kecil asalkan rajin. Tidak kisah dia tidak mempunyai paras rupa yang tidak kacak atau cantik, asalkan hati nya bersih, baik budi pekerti. Tetapi adakah ia selari dengan perbuatan anda? Adakah anda berlari mengejar pada seseorang dengan ciri-ciri tersebut?

Ini kerana anda tidak yakin untuk hidup bersama dengan seseorang tersebut. Bagaimana untuk mengetahui anda memang begitu yakin hidup bersama dengannya? Jom lihat…



1. Yakin si dia mampu lakukannya tanggung jawabnya.

Mengikut naluri hati anda sendiri, anda memang begitu yakin si dia boleh melakukan tanggung jawabnya. Anda yakin bahawa si dia akan melaksanakan tugasnya sebagai seorang muslim iaitu redha dengan ketentuan Ilahi. Anda yakin si dia dapat melaksanakan tugas sebagai seorang lelaki atau wanita dengan menjaga kehormatan diri.

2. Yakin si dia sedang memperbaiki diri.

Ketika anda memperbaiki diri, anda tidak ragu-ragu dengan kehadiran si dia. Anda yakin dia juga sedang dalam proses untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. Ketika anda sedang mempelajari ilmu agama, anda tidak ragu-ragu untuk berkongsi ilmu tersebut dengannya. Anda begitu yakin si dia juga sedang berlapang dada untuk menerima ilmu tersebut. Kerana anda berdua mahu belajar dan berkongsi bersama.



3. Yakin ketika susah dan senang.

Khusus pada lelaki, ketika anda berada dalam keadaan yang susah untuk mencari rezeki, anda yakin bahawa teman wanita sedang dalam proses untuk menerima anda. Anda yakin kerana anda mahu menikahinya untuk mencari berkat dan pahala di dalam perkahwinan. Jika anda yakin semua yang terjadi pasti ada hikmah dari Allah SWT, anda juga yakin takdirnya.

4. Yakin anda dan si dia boleh bekerjasama antara satu sama lain.

Naluri hati juga bakal meyakinkan anda berdua untuk melengkapi antara satu sama lain. Justeru, anda dan pasangan bekerjasama untuk berusaha ke arah tujuan yang sama iaitu perkahwinan. Dengan Izin Allah, jika anda berdua mempunyai keyakinan tersebut, pasti ia adalah petunjuk jodoh dari Allah SWT.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,548 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen