5 Rahsia Lelaki Yang Wanita Wajib Ambil Tahu.

 

Lelaki? Ada apa dengan mereka ini? Bukankah mereka ini sama sahaja dengan sesiapa pun. Mereka ini dikatakan lebih bersifat terbuka dan tidak kesah. Tapi betul ke? Bagi orang lelaki wanita ini terlalu rumit untuk difahami, manakala bagi wanita lelaki ini sukar untuk difahami. Antara lelaki dan wanita, mereka ini adalah berbeza. Jika tidak ada sefahaman yang betul pasti perpisahan akan berlaku dalam hubungan yang dibina. Mari ketahui apa rahsia lelaki yang mereka simpan.



1. Mereka ini mudah berasa kesepian.

Ramai orang beranggapan bahawa wanita adalah orang yang takut kesunyian dan kesepian. Tetapi sebenarnya tidak. Lelaki dikatakan mahluk yang takut akan kesunyian. Sebab itu lah, apabila menjalinkan hubungan jarak jauh dengan mereka ini, lelaki lebih cepat untuk mencari pasangan lain. Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan cepat mencari pengganti selepas putus cinta.

2. Lelaki lebih mudah bermain emosi.

Siapa kata wanita lebih beremosi? Wanita hanya mahukan perhatian daripada pasangan mereka sahaja. Mana kala lelaki dikatakan lebih beremosi berbandaing wanita. Tetapi mengapa? Mereka ini dikatakan sukar untuk mengawal emosi mereka. Sebab itu kerap kali melihat mereka ini lebih mudah menggunakan serangan fizikal. Hal ini kerana mereka tidak mampu kawal perasaan mereka.

3. Merasakan diri mereka ini bos.

Setiap kali kita lihat bukan bahawa lelaki ini lebih mengetuai sesebuah hubungan. Dari situ kita boleh lihat bahawa dirinya merasakan dia adalah ketua dalam hubungan tersebut. Bukan itu sahaja, mereka ini kerap kali tidak berpuas hati sekiranya seorang wanita yang akan memipin mereka.


4. Lelaki lebih fokus kepada penyelesaian masalah.

Apabila menghadapi masalah, antara lelaki dan wanita, mereka ini akan kerap berkongsi masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya, wanita hanya inginkan pendengar yang baik yang memahami situasinya. Manakala lelaki pula inginkan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah mereka ini.

5. Semakin tua semakin mempunyai daya tarikan.

Lelaki dikatakan semakin meningkat umurnya, semakin banyak daya tarikan yang lahir dari dalam dirinya. Dari segi pemikiran bijak berserta pengalaman hidupnya. Itu belum lagi jika dengan mulutnya yang manis mampu memikat sesiapa sahaja.

Biasanya wanita akan mengabaikan lima perkara ini kerana merasakan diri mereka lebih utama dalam hubungan. Jangan silap, baik lelaki atau wanita kedua-duanya penting dalam hubungan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen