Pada Zaman Sekarang, Jangan Biarkan Wanita Merasa 5 Perkara Ini Seorang Diri Setelah Berkahwin.

 

Perkahwinan itu adalah dimana pasangan menjadi satu pasukan untuk melayari bahtera bersama. Berkongsi dalam segala hal termasuklah emosi. Oleh sebab itu anda harus memilih pasangan yang dapat mengharungi segala rintangan bersama bukannya keseorangan.



Tetapi kini, apabila seorang lelaki tidak mempelajari ilmu perkahwinan, kekeluargaan dan agama dengan lebih terperinci, pasti dia dengan egonya sendiri dan berpendapat “Alahhh, dah kahwin ni semua isteri yang buat, kalau tak kenapa aku kahwin…”

Dengan berpendapat sebegini sudah dapat mengetahui si lelaki itu berkahwin kerana apa bukan? Jom lihat 5 perkara yang tidak boleh biarkan seorang isteri lakukan keseorangan, tetapi perlu dengan bantuan si suami…

1. Mengurus rumah.

Zaman sekarang suami dan isteri bersama-sama mencari rezeki diluar atau di dalam rumah. Jadi, ia bukanlah tiket untuk si suami melepas tangan dalam menguruskan rumah tangga, balik goyang kaki sambil menonton televisyen. Jadilah seperti ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.



2. Melayan kerenah anak-anak.

Jika terlihat anak menangis, jangan lah membuat tidak tahu sahaja dan memanggil sehingga menjerit nama si isteri. Dukung lah anak untuk menenangkan mereka. Bantulah dalam 5-10 minit pun sudah memadai bagi isteri.

3. Mendidik anak-anak.

“Haaa….anak awak kan, awak yang patut ajar dia..”

“Eh, dia bukan anak awak ke?”

Jangan berat sebelah semasa ingin mendidik anak. Padahal si suami lah yang perlu lebih sibuk untuk mendidik anak-anak. Jangan lepas tangan dan membiarkan isteri seorang sahaja membat keputusan untuk mendidik anak.



4. Keperluan rumah.

Kebanyakan si suami akan menunggu sahaja si isteri membebel jika barang keperluan rumah tidak mencukupi. Apa kata anda sebagai suami sebelum tidur, pergi ke dapur dan lihat, barang apa yang telah kehabisan stok. Kemudian buatkan list dan bincang lah dengan isteri seterusnya untuk membeli barang tersebut. Barulah suami mithali!

5. Melayan diri sendiri.

Jangan biarkan pasangan anda melayan emosi bersendirian. Tidak kira suami atau isteri. Suami yang lebih mendiamkan diri ketika mempunyai masalah, apa peranan isteri? Buatkan air kegemarannya, jangan lupa masak! Hanya dengan aroma makanan pasti sejuk hati suami. Jangan berputus asa untuk membuatkan suami anda mula berbicara.

Jika isteri yang merajuk ketika mempunyai masalah? Lelaki jangan mendiamkan diri pula. Berkomunikasi adalah cara yang terbaik, jangan tidak mempedulikan mereka pula. Jangan berputus asa untuk membuat isteri tersenyum kembali.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen