Betul Ke Lelaki Lebih Mudah Untuk Menyakiti Wanita?

 

“Men are trash” sering kali kita akan dengar apabila seorang wanita itu dikecewakan oleh pasangannya yang iaitu lelaki. Ramai yang beranggapan bahawa lelaki kerap kali menyakiti hati seorang wanita sesuka hati mereka. Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang menyakiti hati lelaki? Adakah kesemua punca perpisahan berdasarkan sikap seorang lelaki?



Wanita seorang yang lembut dan sensitif. Mereka ini juga mudah terluka sama ada dengan perbuatan mereka sendiri ataupun orang lain. Mereka ini juga sukar untuk mengakui setiap kesalahan mereka. Namun begitu, lama kelamaan mereka akan mengakui juga jika ia sedar perasaan sayangnya pada pasangannya.

Tetapi lelaki tidak, mereka ini sedikit kasar dan tidak begitu memikirkan setiap perbuatan mereka itu, sama ada akan menyakiti orang disekeliling mereka mahupun tidak. Mereka tidak berhati-hati di dalam hubungan. Mereka juga mempunyai ego yang tidak mahu dikalahkan oleh wanita. Sebab itu kadang kala mereka ini akan menyakiti hati wanita.

Bagaimana pula dengan lelaki yang menyakiti hati wanita dengan membenarkan orang ketiga hadir dalam hidup mereka? Perbuatan seperti ini kemungkin berpunca pada sikap wanita itu sendiri atau dirinya sendiri. Mungkin perbuatan atau sikap wanita itu terhadap dirinya yang membuat teman lelaki mereka mencari seseorang yang lain. Dan boleh jadi juga, lelaki itu yang masih belum bersedia untuk satu hubungan yang serius, sebab itu dia ingin mencuba dengan ramai wanita.


Kadang kala setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri, di mana disebalik kesedihan dan kelukaan yang anda hadapi itu pasti akan ditemukan dengan seseorang yang akan menghargai dan menyayangi anda. Jangan hanya kerana anda pernah terluka anda beranggapan mereka ini semua sama sahaja sedang ia berlainan sama sekali.

Anda harus percaya bahawa seseorang yang tepat akan datang apabila tiba masanya. Cuma pada ketika ini anda ditunjukkan dengan orang yang salah kerana, ingin memberi anda gambaran akan sebuah hubungan. Ia untuk membuat hati anda lebih bersedia untuk hadapi cabaran.

Baik lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai peluang untuk menyakiti antara satu sama lain. Tetapi tidak semua wanita ataupun lelaki akan melukakan pasangan mereka. Sebab itu lah jangan terlalu menyerahkan hati anda sekiranya dia belum menjadi suami atau isteri anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen