Perasaan Cemburu Mampu Membahagiakan Atau Memudaratkan? Hati-Hati.

 

Cemburu itu kadang kala sememangnya indah, mana tidaknya ia dianggap sebagai tanda kasih sayang seseorang pada diri kita. Cemburu ini juga hadir kerana perasaan takut kehilangan yang sangat mendalam pada diri seseorang. Ramai orang beranggapan sifat cemburu ini adalah satu sifat yang peribadi pada diri setiap orang, sedangkan cemburu ini mempunyai dua jenis.



Yang Pertama adalah cemburu sebagai tanda menyayangi seseorang, sama anda pasangan, suami isteri mahupun adik beradik. Cemburu yang seterusnya adalah perasaan ingin menguasi atau memiliki. Di mana ia berlaku apabila lahir perasaan takut kehilangan atau takut kekurangan. Apabila seseorang terlalu ingin menguasi dan ingin mengikat pasangan ia mmembuat sebalah pihak tidak berasa selesa, maka lahirlah hubungan yang tidak sihat.

Sebab-sebab cemburu.

Cara pertama untuk membezakan cemburu yang berkaitan dengan kasih sayang atau kerana ingin memiliki anda adalah seperti berikut. Jika seseorang mempunyai perasaan cemburu kerana sayang akan anda, mereka ini mempunyai alasan yang cukup jelas mengenai perkara tersebut, tetapi jika perasaan cemburu itu kerana ingin memiliki anda, ia akan mudah untuk berasa cemburu terhadap perkara-perkara yang remeh tetapi boleh jadi kepada satu isu yang sangat besar.


Tindakan ketika cemburu.

Bagaimana untuk membezakan sikap cemburu ini? Ia adalah melalui bagaimana seseorang itu mengawal sikap cembuunya. Jika dia sayang akan anda, anda boleh melihat dirinya akan cuba untuk mengawal emosi dan bercakap dengan baik mengapa dia boleh cemburu. Dia juga ingin bercakap dan membincangkan bagaimana mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Manakala, jika sebaliknya, mereka ini tidak akan cuba untuk mengawal emosinya dengan baik, malah mereka ini akan terus menyerang anda. Mereka juga tidak akan cuba untuk menerima alasan yang tidak munasabah. Kadang kala ia sehingga mengakibatkan kecederaan.

Mempunyai kebebasan dan larangan.

Walaupun mempunyai rasa cemburu, seseorang yang menyayangi anda itu tidak akan cuba untuk mengawal dan menghalang pasangannya melakukan sesuatu yang disukainya serta menghubungi orang lain. Dia juga akan turut memberikan keyakinan yang tinggi terhadap anda. Manakala, jika dirinya hanya terlalu ingin memiliki anda, dirinya akan mula membuat peraturan dengan menghalang dan menyekat segala gerak geri anda.

Nah ini dia perbezaan anda perasaan cemburu kerana sayang dan perasaan cemburu kerana ingin memiliki anda sepenuh hatinya. Jadi hati-hati terhadap cemburu anda dan pasangan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,408 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen