“Bercinta 5 Tahun, Tetapi Akhirnya Kahwin Dengan Orang Lain...” Jodoh Itu Rahsia Allah SWT.

 

Jodoh ini rahsia Allah SWT. Sudah tentu kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat menyangka siapakah jodoh kita dikemudian hari. Setiap hari tertanya-tanya, di manakah jodoh? Apakah jodoh aku sedang lakukan? Adakah jodohku juga sedang mengalami dan menghadapi kesukaran hidup? Adakah jodohku juga sedang memperbaiki diri dan mendekatkan hati pada Ilahi?

Berkenalan dengan seseorang adalah ujian dari Allah SWT untuk kita mengenali ramai orang. Ujian dari Allah SWT kadang-kala untuk memperbetulkan diri kita. Dari segi hati, perilaku, percakapan dan manfaat kita pada orang lain. Adakah kita terlalu pentingkan diri sendiri? Adakah hati dah cukup bersih untuk mengenali si dia dan Ilahi?

APABILA BERCINTA TERLALU LAMA HANYA KERANA INGIN MENGENALI SIKAP SESEORANG, BELUM TENTU SI DIA ADALAH JODOH KITA.

Untuk memahami hati dan budi kerana zaman sekarang sukar untuk memahami seseorang. Takut nanti bila berkenalan terlalu singkat, bakal suami atau isteri bukan seperti apa yang kita mahukan.

Telefon setiap malam, whatsapp setiap saat, bertemu sehari seminggu juga sebenarnya belum tentu kita dapat mengenali seseorang. Hanya yang kita nampak adalah luaran semata-mata.

Kerana kita akan mengenali seseorang dengan lebih rapat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki setelah berkahwin sahaja. Ketika itu, baru kita tersedar di awal pagi, adanya orang disisi. Segala apa yang kita lakukan perlu berkongsi. Perlu menatap wajahnya tanpa jemu. Hatinya perlu dijaga bukan seperti kita bujang, mahu lakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh orang lain.

Sesungguhnya kehidupan selepas berkahwin amat berbeza ketika bercinta sebelum berkahwin. Ketika bercinta kita tiada apa-apa komitmen. Malah hanya membasuh baju untuk seorang sahaja. Makan pun untuk seorang. Tidur pun hanya seorang.

SETELAH BERKAHWIN, NAK MAKAN PUN TAK BOLEH PENTINGKAN DIRI SENDIRI. KETIKA PERUT LAPAR….

“Abang saya lapar, abang nak makan apa-apa tak?”

“Sayang, jom pegi kedai sekejap boleh masak apa yang patut”

Segalanya perlu ada komunikasi. Setelah pulang daripada kerja, perlu ingat pada pasangan. Bagaimanakah mereka diluar sana? Perlu masak? Apa yang perlu dimasak? Jangan lah hanya hadap Maggie setiap hari walaupun sudah berkahwin. Memang nampak si suami tidak kisah, asalkan ada makanan, makan sahaja.

Tetapi hati dan perasaannya perlu lah jaga apabila menjadi seorang isteri kelak.

Bercinta terlalu lama, tidak mungkin kita sanggup bersusah payah bersama. Kadang-kala kata-kata manis dan ungkapan cinta bukan lah seratus-peratus dapat menunjukkan kesungguhan kita menyayangi seseorang. Kerana perasaan kita mudah berbolak-balik.

Tidak ramai dapat berkahwin dengan seseorang yang telah berkenalan lama. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi mengapa dia bukan jodoh kita. Jodoh itu rahsia Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen