Sayang Bukan Sekadar Diungkap, Ia Perlu Dilakukan Dengan Seikhlas Hati.

 

Sayangi lah pasangan dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal kerana perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

1. Sayanglah dia dengan seadanya.

Bertuah anda memiliki si dia, kerana dia adalah seorang yang istimewa mampu membuka hati anda untuk bercinta. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

2. Sayanglah dia tanpa mempermainkan perasaannya.

Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

3. Sayangilah dia dengan menghormati keputusannya.

Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.



4. Sayangilah dia kerana dia amat istimewa.

Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

5. Sayangilah dia dengan mempercayainya.

Sentiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan sentiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi si dia.

6. Sayangilah dia seperti tiada hari esok.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.



7. Sayangilah dia tanpa membuatnya kecewa.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

8. Sayangilah dia dengan sepenuh hati.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji.

Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,783 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen