“Bila Sudah Tidur Sebantal, Baru Tahu Perangai Sebenar Pasangan Kita” – Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

 

Orang kata bila bercinta lama ini ia akan memudahkan untuk mendirikan rumah tangga nanti. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang bercinta selama empat tahun tetapi berpisah selepas mendirikan rumah tangga selama enam bulan. Adakah berbaloi menghabiskan duit ketika sedang bercinta yang lama tetapi ia hancur dalam masa yang sekejap selepas halal? Mari ikuti perkongsian di laman Facebook oleh saudara Amir Syahir tentang mereka yang menjalinkan hubungan yang lama.



Bila bercinta lama-lama, tentu kau rasa dah cukup kenal si dia kan. Dah cukup memahami hati dan budi kononnya. Sebenarnya kau silap. Kau bercinta la 5-10 tahun pun, kau sebenarnya belum kenal si dia dengan sebaiknya.

Bergayut setiap malam, berWhatsapp 24 jam, berdating 7 hari seminggu, sebenarnya kau belum lagi kenal si dia sepenuhnya. Belum kenal perangai dia sebenarnya.

Kau hanya akan kenal siapa pasangan kau sebenarnya apabila kau sudah berkahwin dengannya. Sebab tu lah orang selalu cakap, hanya isteri yang tahu macam mana perangai suaminya dan sebaliknya.

Jadi, kau kena ingat dan bersedia. Kehidupan selepas berkahwin tak sama dengan kehidupan masa kau bercinta. Masa bercinta kau tidak mempunyai apa-apa komitmen. Tetapi apabila dah berkahwin kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Masa bercinta dulu kau cakap pakwe/makwe kau sangat penyabar orangnya. Tak pernah marah kalau buat silap. Tu masa bercinta. Masa kau takde tanggungjawab apa-apa. Bila dah berkahwin lain.

Mampu ke kau bersabar bila kau balik kerja, penat tetapi isteri kau tak masak sebab anak meragam atau isteri kau tengah alahan mengandung. Rumah pula bersepah. Perut kau tengah lapar. Masa bercinta dulu kau rasa ke semua ni?

Bagi si isteri pula, kau dah bersedia ke nak mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup kau? Berkongsi segala-galanya. Balik kerja kena masak, kemas rumah, jaga anak-anak? Kalau suami tak kemas bilik, bilik bersepah, kau rasa kau marah ke tak? Mana pakwe yang kau cakap kau cukup kenal dulu?

Masa bercinta bukan main up gambar kat Insta, Fesbuk tunjuk betapa bahagianya kau dengan pakwe/makwe kau. Masa tu kalau boleh nak bagi tahu satu dunia betapa kau bertuah memiliki si dia. Lepas kahwin? Mana bahagia yang kau canang satu dunia?

Kau bahagia ke, tak bahagia ke, tak payahla nak tunjuk kat orang. Luahkan rasa bahagia tu dengan pasangan kau dah la. Tak semua orang dapat menerima kebahagiaan kau tu.


Masa bercinta tak payahlah nak over. Dah macam suami isteri. Suami isteri pun tak macam tu. Tak payah bercinta lama-lama. Kalau dah rasa serasi, teruslah berkahwin. Lepastu bercinta la sepuas-puasnya. Masa tu baru kau kenal dan tahu siapa pasangan kau sebenarnya.

Terimalah dia seadanya. Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya dilengkapi. Kalau bercinta lama-lama, kau nampak baik dia je. Buruk tak nampak langsung. Takutnya bila dah kahwin kau dah tak nampak baiknya, nampak buruknya ajee.

Kau kena ingat, sayang dan cinta je tak cukup untuk membina rumah tangga yang bahagia. Masa bercinta bukan main tak kisah kalau pakwe kau tak kerja pun. Asalkan dia setia dan sentiasa di sisi kau. Lepas kahwin, mulalah stress. Sebabnya suami kau tak kerja. Nak beli barang dapur pun takde duit.

Masa bercinta kau dapat terima semuanya. Sedikit pun tak nampak kekurangan pakwe/makwe kau. Pendapat mak ayah pun kau tak dengar dah. Selepas kahwin, barulah kau termenung panjang, mengiakan kata-kata mak ayah kau.

Masa bercinta kau kemain suka merajuk dan pakwe kau layankan saja pujuk kau bagai. Beli bunga lah, beli coklat lah, beli hadiah lah. Bila dah kahwin kau bersedia ke nak pujuk diri sendiri nanti? Jangan kau yakin sangat pakwe kau nak pujuk kau lagi lepas kahwin. Ubah perangai okay. Jadi matang sikit. Ini bluetick WhatsApp pun nak merajuk.

Kesimpulannya, bahagia yang kau rasa masa bercinta tak sama dengan selepas berkahwin. Kau bercinta 10 tahun, kau belum tentu kenal pasangan kau sebenar-benarnya. Dunia realiti tak seindah fantasi dan mimpi kau tu.

Dunia rumah tangga banyak cabaran, banyak dugaan yang kena kau lalui. Kah!

Jika anda sedang menjalinkan hubungan cinta yang telah lama, cuba anda renungkan perkongsian ini. Tidak salah sekiranya anda mengambil keputusan untuk mencepatkan perkara yang halal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen