5 Situasi Komunikasi Yang Menyumbang Kegagalan Dalam Percintaan.

 

Dalam perhubungan percintaan sudah pasti banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu kekal bersama hingga ke jinjang pelamin. Selaku pasangan kekasih, kedua-dua pihak perlulah saling bekerjasama untuk menjadikan hubungan tersebut suatu kenyataan. Segala ujian yang datang perlu ditempuhi dengan hati yang terbuka. Kedua pasangan perlulah merasakan halangan yang mendatang itu sebagai satu detik pengenalan yang lebih mendalam terhadap pasangan. Oleh itu, setiap detik itu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak faktor yang mengganggu sesuatu hubungan namun, masalah komunikasi adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius oleh pasangan yang bercinta.



1. Pasangan tidak jujur.

Dalam setiap komunikasi yang dilontarkan, setiap pasangan perlulah sentiasa jujur dalam pelbagai perkara. Hal ini kerana, jika pasangan banyak berahsia ia akan menyebabkan pasangan anda akan mudah terluka. Ia juga akan mengakibatkan pasangan anda mengurangkan rasa percaya terhadap anda.

2. Pasangan mudah emosi.

Kata orang, cemburu itu tanda sayang namun jika cemburu yang berlebihan akan mengakibatkan pasangan mudah rimas. Di samping itu juga, pasangan yang terlalu sensitif seperti sukar dibawa berbincang, mudah merajuk serta mudah melenting akan mengakibatkan berlakunya salah faham yang lebih kerap.

3. Pasangan lebih percaya orang lain.

Dalam perhubungan, kepercayaan adalah tonggak utama dalam mengecapi hubungan dalam masa panjang. Jika pasangan mudah percaya dengan hasutan dan khabar angin daripada orang lain. Sesebuah pasangan akan menjadi dingin dan sukar dikawal.


4. Pasangan gemar memaksa.

Antara punca pertengkaran berlaku adalah apabila pasangan gemar memaksa atau mendesak terutamanya apabila bertanya atau untuk mendapatkan sesuatu yang tidak disenangi pasangan. Hal ini sekali gus dapat menimbulkan masalah komunikasi dan mengeruhkan keadaan.

5. Pasangan sukar mengalah.

Bertolak ansur dalam perhubungan adalah rencah yang perlu diletakkan agar sesebuah hubungan itu terjalin dalam jangka masa panjang. Setiap pasangan perlu merendahkan ego jika sedang mengalami pertengkaran demi kebaikan kedua belah pihak. Maka tidak salah jika salah seorang cuba untuk mengalah demi kepentingan bersama.

Komunikasi ini penting ketika menjalinkan sat hubungan. Di mana ia mampu menyelesaikan segala masalah hubungan anda dengan mudah. Tetapi jika anda gagal dalam komunikasi bagaimana anda mahukan hubungan yang bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen