Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Pasangan Yang Baru Berkahwin. Kepada Bakal Pengantin, Jangan Ambil Mudah Ya!

 

Dugaan ketika melayari alam perkahwinan amat mencabar, jika tidak tetap keimanannya pasti mudah goyah dengan hasutan syaitan untuk bercerai. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.



Jom ketahui kesilapan tersebut…

1. Tidak bijak menguruskan hutang.

Kebiasaannya tahun pertama berkahwin pasangan pasti merancang untuk membeli rumah. Menguruskan kewangan ketika ini adalah perkara utama untuk menunjukkan pasangan bijak berkomunikasi tentang isu penting.

Anda perlu berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.



2. Menyingkirkan kawan.

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka. Anda perlu jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Jemput mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka.

3. Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Anda perlu membuat perancangan bersama dengan pasangan untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik.



4. Bergaduh secara tidak adil.

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Jika berlaku pergaduhan, jauhkan diri daripada pasangan untuk mencari ketenangan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perbuatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

5. Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya iaitu soal anak.

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang. Fokus sahaja terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,457 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen