Ketahuilah Anda 7 Perkara Ini Akan Menyebabkan Rezeki Tersekat Dalam Perkahwinan.

 

Perkahwinan adalah satu langkah ke arah sunnah Nabi SAW dan ia merupakan jalan kebaikan yang tidak patut dihalang. Sebuah perkahwinan itu juga adalah salah satu punca rezeki bagi pasangan suami isteri. Tetapi ada juga sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa mereka sukar mendapat rezeki bahkan semakin sukar rezeki untuk datang. Mengapa?



Jom kita lihat sebabnya…

1. Suami isteri yang sering bergaduh.

Bergaduh memang elok untuk pasangan supaya saling mengenali, tetapi jika ia terlalu kerap berlaku di atas kesalahan yang sama pasti mengakibatkan sukar menjemput rezeki. Ini kerana pasangan tidak redha antara satu sama lain, dan tidak rela hidup berkongsi termasuk duit.

2. Sentiasa merungut dan menganggap anak sebagai beban.

Anak itu adalah amanah dan juga rezeki dari Allah SWT. Jika suami isteri sering merungut dan rasa terbeban kerana menanggung perbelanjaan anak-anak, mungkin Allah menyekat rezeki anda berdua.

3. Tidak bersyukur dan sering mengeluh.

Walaupun menerima rezeki yang sedikit, anda berdua sering mengeluh kerana tidak cukup. Anda berdua seperti tidak bersyukur dengan pemberian Ilahi walaupun sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Kedekut dengan pasangan sendiri, malah untuk anak-anak.

Oleh kerana sering mengeluh memiliki gaji yang sedikit, jadi anda menjadi kedekut pada pasangan dan anak-anak. Anda terlalu berkira-kira untuk berbelanja kepada keluarga sendiri. Anda berdua perlu bertolak ansur dan mempunyai persefahaman yang rezeki Allah SWT berikan adalah untuk berkongsi.



5. Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang bersabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu indah.

7. Kurang berdoa dan kurangnya bertakwa pada ALLAH.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH. Seperti Allah SWT berfirman;

"...Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath-Thalaq: 2-3) 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,129 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen