Hanya Memegang Tangan Sahaja, Ia Amat Romantik Bagi Si Isteri. Sebagai Lelaki Jangan Ambil Mudah.

 

Untuk para suami dan bakal suami, menjadi lelaki yang romantik pada isteri bukannya sukar. Wanita tidak semestinya mahu mendengar ungkapan ‘I Love You’ atau ‘I Miss You’ setiap hari dan setiap saat, mereka amat menghargai jika suaminya memegang tangan ketika situasi berikut…

Situasi 1: Ketika berjumpa.

Peganglah tangan isteri ketika pulang dari kerja atau pergi ke mana-mana sahaja apabila setelah beberapa jam tidak bertemu. Pegang tangan mereka dengan lembut seperti anda ingin memberitahu bahawa anda begitu rindu untuk berjumpa dengannya, walau tidak memberitahu secara terus.



Situasi 2: Ketika melintas jalan.

Cara yang paling tipikal dan mudah untuk seorang suami memegang tangan isterinya. Jangan la jalan berseorangan menonong tidak pandang kiri kanan sehingga terlupa isteri di belakang. Situasi ebgini menunjukkan anda adalah seorang yang protective dan sweet, pasti ia sangat terkesan pada hati isteri.

Situasi 3: Ketika mahu melepaskan tangan.

Ketika anda berdua berpegangan tangan dan secara tiba-tiba anda tidak selesa kerana tangan berpeluh, jangan pula main rentap sahaja tangan anda. Genggam sedikit tangan isteri dan lepaskan. Ataupun pegang tangan si isteri dengan dua tangan anda, kemudian lepas dengan lembut seperti ‘silent signal’. Tidaklah mereka akan merasa suaminya seperti melarikan diri.

Situasi 4: Ketika isteri mencari ketenangan.

Sebagai lelaki anda perlu tahu, jika wanita mempunyai masalah, mereka lebih suka mendekatkan diri pada seseorang sama ada untuk meluahkan perasaan atau berpelukan. Oleh kerana itu, wanita dengan sahabat baik mereka jika mempunyai masalah, mereka lebih gemar berpelukan dan bersentuhan. Jadi, jalankan tugas anda sebagai lelaki yang romantik, gentleman dan prihatin. Peganglah tangan mereka waktu ini.



Situasi 5: Ketika berada di tempat orang ramai.

Situasi sebegini menunjukkan dimana isteri anda bakal hilang dari penglihatan anda. Sebelum terlambat pegang sahaja tangan isteri supaya mereka tidak hilang dari pandangan dan genggaman anda.

Situasi 6: Ketika spontan.

Lelaki memang jarang untuk melakukan sesuatu dengan spontan terutamanya setelah berkahwin. Semuanya perlu diingatkan oleh si isteri. Jadi, pegang sahaja tangan si isteri di mana sahaja seperti ketika memandu, membeli pop corn ketika ingin menonton wayang, atau selepas jogging.

Situasi 7: Ketika mahu tidur.

Ramai pasangan menyangkakan hanya berpelukan ketika tidur mampu mengeratkan hubungan, apa kata anda berdua berpelukan dan genggam erat tangan bersama. Seperti tidak mahu berpisah. Pasti isteri akan tidur dengan lena.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,462 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen