Kenapa Sebahagian Wanita Menjadi Kurang Cantik Setelah Berkahwin? Jom Baca.

 

Lelaki sentiasa mahu isterinya kekal cantik. Malah ada sebahagian daripada mereka mahu isterinya cantik seperti di awal perkenalan, tetapi semuanya telah berubah setelah berkahwin. Sebagai lelaki perkara itu menjadi remeh, dan apa yang mereka mahu isterinya kekal cantik tanpa bantuannya sendiri.



Lelaki perlu tahu, wanita yang bertambah cantik setelah berkahwin adalah dengan pertolongan suaminya tanpa disedari. Kenapa? Isteri melakukan dan menguruskan segala hal rumah tangga tanpa tidur yang cukup sebenarnya.

KETAHUILAH ANDA BAHAWA JIKA SI ISTERI MEMPUNYAI TIDUR YANG TIDAK CUKUP, INI MENGAKIBATKAN…

1. Tubuh badan sukar untuk ramping dan sihat.

Menurut beberapa kajian, jika seseorang itu mempunyai kitaran tidur yang tidak konsisten dan sentiasa lewat untuk tidur akan mengakibatkan obesiti. Lama-kelamaan ia akan menjadi habit untuk tidur lewat yang akan menyebabkan metabolism badan menjadi rendah dan mudah untuk menjadi gemuk. Jadi wanita dewasa perlukan kitaran 6 jam lebih daripada lelaki dewasa sebenarnya.



2. Wajah tidak berseri dan mempunyai dark circle/eyebag.

Lumrah lelaki sentiasa mahukan isterinya cantik seperti bidadari. Menurut kajian jika seorang wanita mengalami sindrom tidur lewat akan menghasilkan hormon cortisol iaitu hormon yang menyebabkan stress. Hormon ini akan semakin meningkat akibat gejala tidur yang tidak mencukupi. Malah hormon ini juga menyebabkan break down kolagen pada kulit lalu kulit tidak lagi elastic dan mulus. Dengan kata yang tepat, WANITA MENJADI CEPAT TUA DARIPADA UMURNYA.

3. Cepat lupa.

Oleh kerana lelaki adalah makhluk yang mudah lupa pada tarikh-tarikh dan perkara yang penting, jadi mereka perlukan seorang teman yang bukannya jenis cepat pelupa. Jika wanita tidak cukup tidur, mereka menjadi pelupa dan nyanyuk. Bagaimana mahu cantik, jika mudah terlupa, bukan?



4. Mudah tertekan.

Seseorang menjadi mudah tertekan sekiranya kurang tidur. Apabila emosinya tidak stabil, sudah tentu dia tiada masa untuk sentiasa kelihatan cantik. Pasti wajah dan penampilannya sentiasa serabut memikirkan hal yang lebih penting.

5. Menyebabkan penyakit yang fatal.

Penyakit fatal seperti serangan jantung, risiko darah tinggi yang meningkat, terkena kencing manis malah system imun menjadi semakin lemah. Mereka yang berpenyakit pasti kerana tekanan di dalam diri.

Oleh itu para suami dan bakal suami, ingatlah! Jika inginkan isteri yang cantik, lihatlah kualiti tidur isteri, jangan membuat mereka sering tertekan, dan sentiasa lah memeluk mereka.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen