“Kalau Tak Pergi Kenduri Kahwin, Tak Jumpa Jodoh Nanti…” Mitos Tentang Jodoh Yang Anda Perlu Tahu.

 

Pernah kah anda mendengar kata-kata sebegitu? Terutamanya ibu anda sendiri yang memaksa anda untuk ke majlis kenduri kahwin jiran. Kata-kata orang tua zaman dahulu kala memang berjaya menakutkan kita pada waktu kecil, sehingga sekarang ia masih terngiang-ngiang dan apakah perkara disebalik situasi ini sebenarnya?



Namun, walaupun kita sudah turuti kata ibu, masih juga tidak berjumpa jodoh bukan? Jadi, ia adalah mitos semata-mata supaya anda mendengar kata-kata mereka. Jom baca tentang kisah mitos ini….

1. “Tak pergi kenduri nanti, tak dapat la jumpa jodoh…”

Memang benar jika kita pergi ke majlis kenduri, pasti akan bertemu dengan orang yang ramai mahupun kenalan baru. Tetapi pasti tidak manis sekiranya anda dijemput dan tidak dapat hadir hanya kerana malu tidak berteman.

Hadirnya anda ke majlis perkahwinan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim malah mendoakan kebahagiaan si pengantin dan doa itu pasti akan menjadi berkat perkahwinan tersebut disamping memudahkan urusan anda kelak.



2. “Anak dara tidak elok menyanyi ketika memasak, nanti dapat jodoh tua…”

Pasti anda sering mendengar kata-kata ini dari mulut ibu anda sendiri, bukan? Secara tidak sedar, leka pula anda menyanyi sambil memasak dan lakukan apa sahaja di dapur. Kenapa orang tua melarang kita menyanyi di dapur? Kerana takut masakan yang sedang dimasak itu hangus.

Tetapi zaman sekarang, bukan sahaja anak dara gemar menyanyi, mereka juga akan mengambil gambar masakan tersebut untuk post di sosial media. Jadi pengajarannya disini jangan terlalu suka dan lalai selain memasak, nanti jatuh pula phone dalam gulai tu nanti. 

3. “Tak elok anak dara duduk depan pintu, nanti jodoh tak datang…”

Kerana zaman dahulu, kaum wanita hanya duduk di dalam rumah sahaja. Selepas sahaja senja pasti akan cepat-cepat masuk ke dalam rumah sebab hari sudah kian gelap dan tidak berlegar-legar di depan pintu lagi. Lagipun jika duduk di depan pintu sahaja memang lah jodoh tak masuk, kesian jodoh kat luar rumah je.



4. “Anak dara tidak elok duduk terkangkang, nanti tak ada orang nak, kalau laki takpe”

Sebenarnya untuk menjaga tingkah laku anak perempuan supaya tidak kelakuan seperti anak laki-laki. Memang tidak manis bukan jika perempuan duduk terkangkang? Lelaki pun takut nak dekat.

5. “Kalau adik kahwin dulu dari kakak, nanti kakak susah nak cari jodoh…”

Ini namanya langkah bendul. Kakak susah nak cari jodoh sebab dah bersusah payah menolong adik untuk langsungkan perkahwinan dan sanggup korban duitnya sendiri. Ucapkan terima kasih pada kakak ye. Doakan semoga kakak bertemu jodoh cepat, dan tolong lah pula sumbangkan duit untuk dia jika diperlukan. Pertemuan jodoh itu semua rahsia Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen