4 Keburukan Memberitahu Masa Lalu Pada Pasangan Anda.

 

Setiap orang mempunyai masa lalunya yang tersendiri, tidak kira lah ia satu perkara yang baik atupun tidak. Mungkin anda sentiasa ingin berlaku jujur terhadap pasangan anda tetapi tidak semua kejujuran itu baik untuk hubungan anda. Jika anda percaya ia akan membawa kebaikan kepada anda, tidak salah untuk melakukannya tetapi jika anda rasa ia membawa keburukan anda tidak perlu untuk memberitahunya.



Sebagai pasangan pula, anda harus menghormati setiap keputusan yang telah dilakukan oleh kekasih anda. Jangan terlalu memaksanya kerana ia akan mebuat hubungan menjadi goyang. Berikut adalah keburukan memberitahu mengenai masa lalu.

1. Benci tanpa sebab.

Tiada faedah yang baik jika anda mengetahui akan masa lalu pasangan anda. Mengapa? Hal ini kerana ia akan mengundang satu perasaan benci tanpa sebab. Walaupun ia adalah satu hal yang telah berlalu, tidak mustahil untuk timbul perasaan benci dan cemburu. Sayang macam mana pun anda terhadap pasangan, perasaan ini pasti aka nada juga.

2. Berasa tidak selesa.

Adakah anda yakin bahawa selepas mengetahui mengenai dirinya anda akan berada dalam keadaan selesa? Adakah anda akan selesa ketika bersamanya? Sudah pasti tidak bukan? Anda akan mula hilang kepercayaan terhadap pasangan anda. Anda juga merasakan seseorang yang datang sebelum anda lebih bertuah dan bernasib baik kerana lebih dicintai.


3. Hubungan menjadi renggang.

Anda yakin setelah mengetahui kebenaran mengenai masa lalu pasangan anda akan menjalani hubungan dengannya seperti biasa? Sudah pasti tidak. Anda akan mula menjauhi pasangan jika kenyataan yang anda inginkan itu menyakiti anda. Bukan itu sahaja, anda juga akan mula mencari silap dan salah pasangan anda.

4. Anda akan mula membuat masalah.

Walaupun anda berpuas hati dengan kenyataan yang telah diberitahu oleh pasangan anda, tetapi anda akan menyimpan satu perasaan ingin membalas perbuatan pasangan anda. Anda akan mula timbulkan masalah dalam hubungan anda. Anda sudah tidak memperdulikan tujuan yang dibina di dalam hubungan anda. Anda telah menyakiti pasangan anda.

Masa lalu adalah satu hal yang tidak perlu diungkit atau diperkatakan apabila telah menjalinkan satu hubungan yang baru. Tidak perlu dikenang lagi dan biarkan ia berlalu. Hal ini kerana, kebenarannya akan menyakiti kedua-duanya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen