5 Pesan Adam Corrie Buat Anda yang Ingin Berkahwin Campur.

 

Perkahwinan campur melibatkan dua bangsa yang berlainan bukan lagi perkara pelik di kalangan kita. Apa yang pasti mereka yang ingin berkahwin dengan pasangan yang berlainan agama sudah tentunya perlu melalui pelbagai cabaran, termasuklah tentangan hebat dari kedua ibu bapa. Bagaimanakah caranya untuk menyakinkan ibu bapa dan keluarga supaya menerima pasangan yang dipilih? Ikuti perkongsian saudara Adam Corrie:



Sabda Rasulullah s.a.w :

Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya, Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya.' (Hadis Riwayat Ahmad)

Saya banyak terima PM dari orang yang saya tidak kenali meminta pandangan dan nasihat tentang kehidupan seharian.

ANAK BUJANG NAK BERKAHWIN TAPI IBUBAPA HALANG.

Yang ramai PM dengan saya adalah kisahnya hendak berkahwin dengan pilihan hati iaitu yang berlainan bangsa dan berlainan agama asalnya dan telah memeluk Islam. Mereka telah bercinta bertahun-tahun dan berniat berkahwin tapi tidak direstui keluarga. Beginilah, ibubapa kita mungkih kurang yakin dgn pilihan kita kerana pelbagai faktor. Ibubapa mana yang tak sayangkan anak dan ingin melihat anak menderita. Jika kita rasa pilihan kita itu yang terbaik untuk diri kita, kita kena tunjukkan pada ibubapa kita 'dia' insan yang layak menjadi pasangan hidup kita dan mampu menjadi insan yg baik. Ibubapa kita mungkin takut kita tak amalkan ajaran Islam jika berkahwin pilihan hati sendiri kerana melihatkan keadaan anda bersama bf/gf amalkan kehidupan tanpa segan silu ke hulu ke hilir berdua-duaan setiap hari.



1. Pertama betulkan NIAT nak berkahwin dgn BANGSA lain.

Nak kahwin bukan sebab CINTA nafsu, HARTA dan sebagainya. Kalau niat dah salah... betulkan, luruskan niat. 'Aku berniat hendak berkahwin dgn si 'folan keranaMu Allah. Semoga perkahwinan ini menjadi jambatan aku dan 'si folan' menyebarkan keindahan Islam dan ke syurgaMu Ya Allah.'

2. Solat Taubat, Solat Istikarah dan Solat Hajat setiap hari. Bukan bila perlu je..

3. Betulkan gaya hidup kita dan 'Si Folan' mengikut kehendak syariat Islam.

Kalau kita pun masih minum arak , macamana la 'si folan' ni faham Islam. Ibubapa kita pon takut lah tengok. Ilmu agama kena mantap di dada dan amalkan. Kalau kita SUJUD pada Allah pon setahun sekali macam mana nak kahwin dengan saudara baru ni. Bukan senang kahwin dengan saudara baru ni kalau kita pun tak buat persediaan yg mantap sebagai muslim. Kalau kita senang-senang je bagi peluk-peluk, muahh muahh lagi sebelum halal. Macam mana dia nak faham Islam. Dia ingat hug-hug tu normal...

4. Pastikan dah buat persediaan kewangan yang cukup. Kahwin bukan setakat cinta je, ekonomi juga penting. Lepas kahwin banyak duit nak kena pakai.

5. Yakinkan ibubapa bahawa anda bersedia untuk berkahwin dengan saudara baru, selainnya berserah pada Allah.



Pada ibubapa pula, Kalau pilihannya anak itu dah ok, dah ada duit nak kahwin, dah nampak ciri-ciri boleh menjadi pemimpin keluarga tu ada, kahwinkan sahaja. Tak perlulah bagi alasan tak suka dengan bangsa ni, bangsa tu, tak suka adat bangsa dia, tak suka warna kulit dia. Kalau ada yang kurang, bagi tunjuk ajar pada saudara baru tu. Dah kata saudara baru memanglah banyak yang tak tahu pasal Islam dan memahami budaya melayu kita. Kalau cara datang meminang tu salah tak seperti adat orang melayu kita jangan dijadikan sebab tu tak terima dia sebagai menantu. Buanglah ego itu jauh-jauh...... terima mereka sebagai amanah dari Allah untuk dapat pahala dengan cara begini.

Pada anak-anak, RESTU ibubapa itu penting. Kalau di halang-halang takut ada yang kawen lari dan perut buncit ke depan nanti ...... mana yang lebih baik? Bina masjid atau halang dari niat suci nak bina masjid dan dapat cucu tak sah taraf. Saya bukanlah pakar motivasi, saya bukanlah ustaz, jauh sekali nak menyibuk hal peribadi org lain, saya cuma seorang artis cina biasa sahaja. Tak layak pun nak bagi pandangan dan nasihat. Tapi kerana ramai mengadu perkara yang sama. Maksudnya ini masalah yang sangat serius. Tak ada manusia yang sempurna. Nak jadi lebih baik.. kena perbaiki diri dengan ilmu. Nak ada ilmu kena berguru. Nak berguru cari guru yang betul-betul bertauliah. Ambil yang dirasa sesuai sahaja apa yang saya tulis ni. Tak sesuai jangan ikut. Tak menyebelah mana-mana. Yang penting ikut perintah Allah. Senyum selalu, Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen