3 Kesalahan Utama Anda Ketika Mencari Jodoh.

 

Adakah anda pernah terfikir kenapa sukar untuk mencari jodoh? Menjemput jodoh? Mendekatkan diri dengan jodoh? Bertemu jodoh? Di samping berusaha untuk mendekatkan diri dengan jodoh, pernahkah terlintas di fikiran mahupun terdetik di hati bahawa apa yang anda lakukan adalah salah? Adakah anda hanya mencari jodoh tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan anda?



Jadi, jom lihat kesalahan apakah yang anda lakukan secara tidak sedar di dalam pencarian jodoh ini…

1. Mementingkan paras rupa.

Pernah kah anda terfikir ini adalah satu kesalahan;

“Aku nak lelaki yang aku suka tu, suka aku juga”

“Kenapa?”

“Sebab  dia handsome”

Kebanyakan wanita sering berfikiran sebegini. Dia mahukan juga lelaki tersebut, berusaha dan berdoa agar lelaki itu juga jatuh cinta padanya. Namun, pasti perkara itu menjadi hampa. Mereka tidak redha sekiranya lelaki yang berwajah biasa inginkan mereka sebagai pasangan. Pasti mahu berkejar pada lelaki yang memiliki rupa tersebut. Adakah paras rupa boleh menjamin kebahagiaan sehingga ke syurga?



2. Mementingkan harta dan pangkat.

Lain pula kisah ini…

“Alahhh…tak kisah lah dia tak handsome, asalkan kaya dan boleh belikan aku apa sahaja”

Atau…

“Sanggup eh kau nak kahwin dengan perempuan yang lagi tua tu”

“Takpe, asalkan hidup aku terjamin masa depan”



Lihat sahaja pemikiran anak muda zaman sekarang. Semuanya mengharapkan pada perkara yang tidak mampu berkekalan.

Jika berkahwin kerana kecantikan, lama-kelamaan rupa paras akan berkedut dan kecantikan semakin pudar.

Jika berkahwin kerana kekayaan, lama-kelamaan ia akan digunakan dan semakin berkurangan. Dan sekiranya pasangan  susah dan tiada harta, adakah anda sanggup susah bersama atau meninggalkan mereka sahaja?

DAN YANG PALING UTAMA ADALAH..

3. Meremehkan Solat Istikharah.

Kesalahan kita adalah sejurus sahaja sudah bertemu pasangan, kita tidak lagi konsisten melakukan solat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Tidak kira sama ada bertemu pasangan sebelum berkahwin atau selepas berkahwin, kita tidak melakukan solat ini seolah-olah anda benar-benar yakin jodoh itu akan berkekalan.

Jika benar anda sudah bertemu jodoh, maka sentiasa lah melakukan solat sunat dan istikharah untuk menetapkan hati anda pada si dia, dan menetapkan hati si dia pada anda supaya tidak berubah. Hati dan perasaan ini bersifat berbolak-balik, dan sentiasa berubah. Jadi, waspada dengan hati anda sendiri dengan tidak lupa pada Ilahi.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,988 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen