5 Perkara Yang Anda Perlu Bincangkan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga Bersama Pasangan .

 

Apabila telah tiba masa untuk satu pernikahan yang halal, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu memandang serius terhadap kehidupan selepas berumah tangga. Mana tidaknya, kehidupan selepas berumah tangga lebih mencabar dari apa yang disangkakan. Ia sememangnya bahagia, tetapi ia akan lebih membahagiakan jika perjalanan masa depan itu telah di rancang dan dibincangkan dengan lebih awal. Maka dengan itu, lima perkara ini perlu dibincangkan bersama pasangan sebelum berkahwin agar ia memudahkan pada masa depan.



1. Masalah kewangan.

Kewangan adalah satu perkara yang paling sensitif bagi semua orang, terutama bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mana tidaknya, wang telah banyak habis untuk melangsungkan majlis, maka apa yang tinggal selepas majlis. Jadi anda dan pasangan perlu merancang dengan sebaiknya perbelanjaan ketika majlis sehingga tidak membebankan kalian selepas itu nanti.

2. Tempat tinggal.

Di mana arah tuju anda selepas berkahwin nanti? Adakah pasangan sudah mempunyai rumah sendiri? Adakah anda akan menyewa rumah ataupun kalian akan memilih untuk tinggal bersama keluarga kalian. Tempat tinggal selepas berkahwin ini tersangat lah penting untuk memastikan setiap orang tidak lari untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami atau pun isteri.

3. Anak.

Tidak semua orang tahu waktu bila Allah s.w.t akan memberikan rezeki anak kepada kita. Maka dengan itu, anda dan pasangan perlu membuat persiapan atau perancangan terlebih dahulu. Mungkin ada di antara kalian ini mempunyai anak selepas setahun berkahwin, dan ada juga yang inginkan anak dengan kadar segera. Semuanya perlu dirancang agar tiba masa nanti tidak terkapai-kapai.


4. Perkerjaan.

Perkara ini juga merupakan salah satu topik perbincangan yang penting bagi mereka yang ingin berumah tangga. Benarkan isteri untuk berkerja atau membiarkan isteri menjadi suri rumah biasanya akan menjadi keputusan sang suami. Maka kedua-duanya harus memikirkan perkara ini satu jangka masa panjang bukannya untuk jangka masa yang pendek.

5. Limit untuk perkara lain.

Setiap orang mempunyai kehidupan sosialnya. Maka setiap pasangan perlu memberikan batas terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, waktu bila anda membenarkan pasangan anda melepak bersama rakan-rakannya. Ataupun waktu bila anda dan pasangan perlu anda di rumah.

Perkara ini mungkin kelihatan begitu simple dan mudah, jika mempunyai pendapat yang sama. Namun, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen