Masih Lagi Tidak Bertemu Jodoh, Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Alternatif Terakhir.

 

Pelbagai usaha anda telah lakukan untuk bertemu jodoh. Memperbaiki diri, mendekatkan diri pada Ilahi dan pelbagai kaedah, sehingga anda berputus asa dan duduk bersendirian berfikir. Adakah anda memang tidak layak bahagia seperti orang lain yang telah berkahwin dan memiliki anak? Jika kita percaya dengan takdir Allah, pasti kita akan sentiasa berfikiran positif fan istiqomah dalam pencarian.



Jom lakukan 4 perkara ini sebagai alternatif terakhir untuk mencari jodoh…

1. Perluaskan jaringan sosial.

Bertemu dengan rakan sekolah semasa reunion, bertemu dengan rakan sepejabat juga tiada yang melekat, melibatkan diri dengan kelab-kelab untuk bertemu kenalan baru juga sudah anda usahakan, tetapi masih gagal.

Dunia ini luas. Tetapi hanya kerana sekatan kewangan anda tidak dapat pergi jauh dari tempat anda. Jadi, aktifkan diri anda di laman mencari jodoh pula. Pedulikan kata-kata orang, hanya Allah sahaja yang tahu niat anda, bukan orang lain.



2. Jangan malu mencari jodoh melalui ahli keluarga.

Majoriti daripada kita malu apabila membicarakan hal jodoh dengan ahli keluarga, terutamanya ibu bapa. Minta tolong daripada mereka, bahawa anda sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi masih juga tidak bertemu jodoh.

Sebagai langkah pertama, minta pendapat dan nasihat daripada orang tua kerana sebenarnya mereka sudah pasti tertunggu-tunggu untuk berbincang hal jodoh dengan anda tetapi anda sahaja yang tidak mulakannya dahulu.

Yang pasti anda dengar sahaja jangan membantah dan menyampuk. Oleh sebab itu, setiap perkara yang kita lakukan perlu mendapat berkat dan restu dari ibu bapa. Jika mereka berlapang dada, hati gembira pasti mereka mahu menolong anda mencari jodoh melalui kenalan mereka.

3. Jangan malu meminta bantuan dari guru atau para ustaz/ustazah.

Ini adalah ikhtiar yang agak berani namun tidak lah salah. Jika anda ada berkenalan dengan mana-mana orang yang beragama, minta lah tolong daripada mereka. Mungkin mereka lebih tahu untuk mencari bakal jodoh yang terbaik untuk anda. Orang yang baik, pasti mempunyai kenalan yang baik-baik. Insya Allah.



4. Menjadi seperti Siti Khadijah r.a.

Khusus untuk wanita yang sudah meningkat usia namun tidak lagi bertemu jodoh. Kisah ini menunjukkan Khadijah menawarkan diri untuk menyampaikan niatnya menikah Rasulullah SAW demi kebaikan. Beliau bersungguh-sungguh untuk membantu Baginda dalam suka dan dukanya, bukanlah kerana harga diri yang rendah.

Anas r.a mengatakan bahawa Khadijah lebih baik dari anak perempuannya kerana sanggup mengatakan Khadijah tidak tahu malu menawarkan diri pada Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh Anas r.a, ia berkata

“Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW dan menawarkan diri kepadanya dan berkata ‘Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepadaku?’

“Ketika menceritakan hadith diatas anak perempuan dari Anas r.a mengatakan;

“Sungguh sedikit malu perempuan itu dan buruk akhlaknya.”

Anas r.a menjawab ”Sesungguhnya dia itu lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai Nabi SAW  dan menawarkan dirinya demi kebaikan.” (HR. Al-Bukhari)

Seperti hadith di atas, lelaki yang ditawarkan haruslah lelaki yang soleh dan membuatkan kita lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. Adakah kita telah berjumpa dengan lelaki seumpama Rasulullah SAW, hanya kerana mahu menjadi Pergi Mencari Timba? Fikir-fikirkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,558 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen