Hati-Hati Dengan Godaan Syaitan Ketika Mencari Jodoh.

 

Jodoh itu rahsia Allah, sama seperti rezeki, ajal dan maut seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu bila dan dimana jodoh kita berada. Kita sebagai manusia yang diberi daya akal fikiran seharusnya bijak memilih mana yang baik dan buruk. Malah kita juga perlu berusaha bukannya duduk diam dirumah menunggu jodoh datang bergolek.



Ketika hati dan fikiran terlalu sibuk memikirkan hal jodoh, pelbagai cara kita usahakan seperti...

Berjumpa ramai orang kerana mahu mempunyai kenalan baru…

Meminta pada sahabat atau ahli keluarga untuk diperkenalkan pada seseorang…

Melayari laman sesawang mencari jodoh…

Walaubagaimanapun, ketika terlalu sibuk mencari, kita bukan sahaja perlu berhati-hati pada manusia yang sweet talker, manusia yang tidak jujur, manusia yang pandang rupa dan harta, tetapi PERKARA UTAMA YANG KITA PERLU HATI-HATI ADALAH HATI KITA SENDIRI.

HATI-HATI DENGAN HATI SENDIRI.

Ini kerana sebagai manusia yang tidak sempurna sudah tentu kita mudah lalai dan terpengaruh dengan hasutan malah godaan syaitan. Syaitan ini licik. Syaitan akan melemahkan hati dan keimanan kita terhadap Ilahi. Jika tidak kuat keimanan kita pada Allah, maka dengan mudah tumpasnya diri kita pada hal-hal yang tidak sepatutnya. Dari situ keutamaan kita mencari jodoh tersasar jauh.

NAK CARI JODOH HANYA SEBAB....

Aku nak cari jodoh sebab sunyi….

Aku nak cari jodoh sebab kawan-kawan semuanya sudah kahwin…

Aku nak cari jodoh sebab aku terdesak, ibu bapa sudah memaksa….

Aku nak cari jodoh kerana aku segan pergi kenduri hanya aku seorang sahaja belum berkahwin…

Aku nak cari jodoh sebab aku rimas orang asyik tanya bila mahu berkahwin…

KERANA PERASAAN MANUSIA YANG MUDAH BERBOLAK-BALIK...

Jadi dengan situasi begini sudah pasti syaitan telah buat kerjanya dalam diam. Secara anda tidak sedar sebenarnya hati anda telah berbolak-balik dan tidak tetap kepada Allah SWT. Anda tidak lagi menumpu untuk memperbaiki diri kerana Allah SWT. Anda tidak istiqomah dalam pencarian. Anda tidak redha.

Namun sedemikian, jika bertemu dengan seseorang dimana-mana sahaja, mata dan langkah anda juga memainkan peranan untuk ke lembah zina.

Dari mata turun ke hati.

Sering bertemu kerana ada urusan penting, tetapi ianya tentang soal hati dan perasaan. Dari situ, syaitan telah memulakan langkah untuk melalaikan anda.

Terbitnya perasaan sayang, rindu. Mahu meluangkan masa berdua-duaan dan ia menjadi ketagihan untuk selalu berjumpa di luar. Jika ini yang berlaku, terus lah sedar dari lamunan ini. Ingat kembali niat anda untuk bertemu jodoh kerana apa? Kerana Ilahi. Jangan tersasar jauh. Jika sudah mempunyai perasaan yang sama, terus berbincang tentang pernikahan. Jangan biarkan ta’aruf yang begitu lama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen