Perkara Yang Lelaki Bujang Perlu Elakkan Apabila Mahu Menjadi Suami Kelak.

 

Bukan sahaja wanita yang perlu menjaga sikap dan memperbaiki diri semata-mata mahu berkahwin. Lelaki juga banyak sahaja sikap buruk yang perlu dibuang, kerana lelaki akan menjadi ketua keluarga kelak. Jadi, jika ingin menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga nanti, anda yang perlu mulakan dahulu dalam segala hal, bukannya isteri.



Sebagai ibu bapa juga, didiklah anak lelaki juga sama rata seperti dengan anak perempuan, jangan lebihkan anak perempuan sahaja. Anak lelaki akan memikul tanggung jawab yang besar setelah bergelar suami nanti. Didikan ibu bapa juga penting dalam hal ini.

Jom ketahui perkara yang lelaki bujang perlu buang dan elakkan…

1. Elakkan menjadi contoh yang tidak baik.

Apabila sudah menjadi suami nanti, perlu menjadi contoh yang baik pada isteri. Jika anda berjaya mulakan dengan isteri, pasti anda mampu menunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak kelak, bukan sahaja pada si isteri.



2. Elakkan mencampak baju kotor di merata tempat.

Masa bujang hidup sentiasa tidak teratur. Baju bersepah atas lantai, sampah juga dibiarkan menggunung di dalam bakul sampah. Selalunya ibu yang bersihkan bilik. Situasi begini juga, peranan ibu sangat penting. Jangan tanamkan persepsi “Alahhh…nanti dah kahwin, isteri yang tolong kemaskan”. Jika begini lah persepsi anda, pasti anak bujang anda akan memperlakukan bakal isterinya seperti hamba atau orang gaji.

3. Elakkan mencarut.

Ketika bujang anda sering berkata-kata kasar dan lucah apabila dengan kawan-kawan malah mencarut di setiap akhir ayat. Bukan sahaja mencarut tidak manis bagi perempuan, mencarut memang tidak bagus untuk semua orang. Anak yang kecil pasti terpengaruh dengan kata-kata anda nanti. Jangan biasakan mencarut, nanti pasti sukar untuk mengubah tabiat itu.



4. Elakkan keluar malam-malam lepak kedai mamak.

Apabila telah berkahwin, peranan anda sebagai suami adalah untuk MENJAGA keluarga. Bukan jadi JAGA di kedai mamak. Isteri dirumah menunggu, sehingga mereka tertidur. Kasihani lah mereka. Kemudian masuk rumah macam hotel. Sekejap rumah mak, sekejap rumah kawan, sekejap rumah sendiri. Jangan lupa peranan suami ya!

5. Elakkan bermalas-malasan.

Anda juga tahu wanita zaman sekarang majoriti bekerjaya dan lebih selesa bekerja diluar rumah. Jika anda tidak izinkan untuk bekerja diluar rumah, sudah pasti mereka ingin menolong mencari rezeki walaupun di dalam rumah. Oleh sebab itu, isteri bukannya robot untuk membuat semua perkara dari depan rumah sehingga belakang rumah keseorangan. Jadilah suami yang rajin dan ringan tulang, pasti isteri akan bertambah sayang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen