Putus Cinta Membuktikan Tiada Cinta Yang Sempurna Jika Ia Tidak Berlandaskan Syariah.

 

Setiap pasangan tercari-cari cinta yang sempurna dan cinta yang sejati. Tetapi mereka tidak tahu bahawa cinta yang sempurna dan sejati itu adalah cinta kerana Ilahi. Sifat manusia juga tidak sempurna. Manakan mahu cinta yang sempurna jika ia tanpa berlandaskan syariah.

Putus cinta juga bukan lah pengakhiran hidup anda. Anda berhenti melakukan setiap kerja kerana telah berpisah dengan kekasih. Minda anda masih terbayang-bayang perilakunya yang manis sentiasa. Kata-kata cinta yang sentiasa tersemat di hati, madah yang terpatri, dan wajah yang dibayangi.



HARI-HARI YANG DILALUI JUGA PERIT UNTUK DIHARUNGI.

Jangan lah terlalu memikirkan tentang putusnya cinta ditengah jalan, berkemungkinan Allah SWT mahu menunjukkan ia adalah cinta yang tidak sempurna, kerana tidak berlandaskan syariah.

Apabila dengan si dia anda lupa pada Allah SWT…

Apabila bertemu dengan si dia, solat pun lupa, dan qada’ di rumah…

Apabila mendengar suara si dia, alunan Al-Qur’an juga dihiraukan…

Apabila dengan si dia, lebih rela bergayut telefon berjam-jam lamanya dan sudah lama tidak ke surau…

Apabila dengan si dia, hanya wajahnya yang sentiasa dibayangi, wajah ibu bapa jarang pula melihat…

Apabila dengan si dia anda terus hanyut dengan kata-kata cinta….



HIKMAH YANG ALLAH SWT BERI ADALAH

Dia bukan lah pasangan yang baik untuk anda…

Mungkin dia tak layak untuk menjadi ibu/bapa untuk anak-anak anda…

Mungkin dia tak sanggup untuk hadapi tekanan hidup dengan anda…

Mungkin pada masa hadapan sebenarnya dia tidak sanggup untuk bersusah payah dengan anda walaupun pernah mengatakan ingin hidup susah senang bersama…

Mungkin sebenarnya dia tidak mahu anak dalam masa yang terdekat, tetapi anda mahukan anak sejurus sahaja perkahwinan…

Terlalu banyak kemungkinan. Yang penting percaya sahaja pada ketentuan Allah SWT. Percaya pada takdir-Nya. Percaya kepada janji-Nya. Allah sudah ciptakan jodoh untuk kita semua, mahupun cepat atau pun lambat. Apabila sudah tiba waktu dan masanya nanti, pasti jodoh tersebut akan muncul. Sesungguhnya jodoh tidak salah alamat.

Bertenang, dan pandang sahaja pada sudut positif. Bermuhasabah diri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen