5 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Sediakah Anda?

 

Anda pernah dengar seseorang yang sanggup membatalkan perkahwinannya gara-gara keraguan yang ada pada hatinya? Bukan hanya itu, ada juga yang sanggup berlaku curang kerana merasakan bakal teman hidupnya itu bukan seseorang yang dia inginkan. Untuk memastikan diri itu benar-benar bersedia untuk berkahwin itu tidak mudah, ia pasti mempunyai kekurangan. Namun begitu, jika anda mempunyai lima tanda ini, ia menandakan anda benar-benar sudah bersedia.



1. Menerima kekurangan pasangan.

Anda pasti tahu bahawa setiap orang tidak sempurna, begitu juga diri anda. Maka dengan itu, anda tidak mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan anda, tetapi anda menerima siapa diri mereka tanpa mempertikaikan kekurangan mereka. Itu bermakna anda sudah bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka.

2. Ingin menjalani hidup yang lebih baik.

Apabila berada di zaman bujang ini, anda tahu bahawa ia masih lagi tidak lengkap. Maka dengan itu, anda mahukan satu perubahan hidup yang lebih baik. Di mana anda mampu seimbangkan dunia dan akhirat anda, tetapi anda perlukan seseorang yang membimbing anda kea rah itu. Bukan hanya itu, anda juga berharap pasangan anda akan melengkapi hidup anda.

3. Yakin bahawa dia akan membawa masa depan yang lebih baik.

Di saat anda yakin bahawa dirinya mampu membawa kepada satu masa depan yang lebih baik dalam hidup anda, itu adalah satu perkara yang perlu anda apabila anda ingin berkahwin. Hal ini kerana, perkara itu yang akan membuat anda benar-benar rasa bersedia untuk memikul satu tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup.


4. Suka memberi sokongan dan ingin disokong.

Anda merasakan anda suka memberi sokongan kepada seseorang yang anda kasihi. Maka dengan itu, anda mahu menjadi pendukung dan penyokong setia kepada seseorang yang anda cintai. Anda juga mengharapak dirinya akan melakukan hal yang sama untuk anda. Barulah ia mampu membawa perubahan yang luar biasa dalam hidup anda.

5. Bersedia untuk berlaku adil.

Untuk pasangan yang sedang hangat bercinta, ia pasti memerlukan keadilan dalam hubungan tersebut. Jika anda mampu berlaku adil antara diri anda, pasangan serta keluarga anda, itu bermakna anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Kerana anda tahu bahawa keadilan itu amat penting dalam hubungan.

Lima tanda ini menunjukkan bahawa anda bersedia dan yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan seseorang yang anda cintai. Walaupun begitu, anda perlu meminta petunjuk untuk memastikan bahawa anda benar-benar telah bersedia.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen