5 Kelakuan Wanita Yang boleh Menghancurkan Satu Perhubungan.

 

Setiap hubungan memerlukan kerjasama yang baik serta sikap bertolak ansur yang kuat. Namun begitu, tidak semua kesalahan dalam hubungan akan dilakukan oleh orang lelaki. Wanita juga boleh melakukan kesalahan dalam hubungan. Apa yang wanita lakukan? Mereka ini biasanya lebih kepada sikap atau kelakuan mereka yang menyebabkan pasangan mereka menjauhi mereka. Mari ketahuinya.



1. Bersikap boros.

Seorang isteri mahupun teman wanita perlu bijak dalam mengendalikan kewangan pasangannya. Bukan semua wangnya boleh dihabiskan dalam waktu yang sigkat. Setiap perbelanjaan perlu dalam kesederhanaan dan tidak melampau. Jika anda berbelanja dengan melampau ia akan membuatkan pasangan anda kesempitan wang pada hujung bulan. Pasti mereka tidak akan tahan dengan anda nanti.

2. Terlalu negatif.

Jangan sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk. Jika anda sentiasa berfikiran negatif, ia akan mengundang perlbagai perkara. Sebagai contoh, hubungan anda semakin renggang, tidak mempercayai pasangan mahupun, kekurangan untuk berkomunikasi. Jika anda berfikiran positif, pasti banyak perkara yang baik serta membahagiakan akan berlaku di sekeliling anda.

3. Tidak mudah mesra.

Pasangan yang mudah mesra untuk diajak berbual dan bergurau adalah lebih membahagiakan berbanding dengan mereka yang tidak mesra dan terlalu dingin ini. Hal ini kerana, hubungan yang tidak mesra ini akan membawa kepada satu ketegangan yang memenatkan. Siapa sukakan hubungan yang penuh dengan tekanan? Pasti tidak ada bukan.


4. Tidak tahu malu.

Lelaki sukakan wanita yang malu dengan mereka ini walaupun sudah menjadi pasangannya. Mana tidaknya, sifat pemalu wanita ini dianggap sesuatu yang comel di mata lelaki. Maka dengan itu, wanita yang kurang mempunyai sifat pemalu pasti akan dijauhi lelaki. Mana tidaknya, mereka ada air muka yang perlu dijaga bukannya mereka ini tiada perasaan.

5. Sukakan perhatian dari orang ramai.

Seorang wanita yang sukakan perhatian daripada orang ramai adalah bukan satu hal yang baik. Mereka ini sudah pasti mudah untuk menduakan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga pasti suka berhias untuk menarik perhatian lelaki di luar sana bukannya berhias untuk suami mereka apabila sudah berkahwin nanti.

Wanita perlu menjaga maruah dirinya dan mempunyai kelakuan yang tidak terlalu merumitkan hubungan serta keadaan. Jadi jaga tingkah laku and ajika tidak mahu ditinggalkan oleh pasangan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,768 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen