Tanda-Tanda Jodoh Anda Semakin Dekat, Adakah Anda Sudah Bersedia?

 

Apakah perasaan apabila mengetahui jodoh anda semakin hampir, rasa gembira ataupun teruja? Tanda-tanda jodoh semakin hampir ini sukar untuk dilihat secara mata kasar, namun ia akan dilihat selepas jodoh anda datang menghampiri anda. Jodoh itu rahsia Allah yang tidak diketahui, tetapi Dia pasti telah meyediakan jodoh yang baik serta bersesuaian dengan diri kita. Mari ketahui tanda-tanda jodoh sedang menghampiri anda.



1. Memiliki hati yang mantap.

Apabila anda bertemu jodoh anda, anda yakin terhadapnya. Hati anda juga tidak berbolak balik atau meragukan dirinya. Anda bukan percaya dengannya kerana telah berkenalan lama dengannya, namun anda percaya terhadapnya secara tiba-tiba dan selatelah mendapatkan pertujuk daripada Allah S.W.T.

2. Berasa tenang dan tenteram ketika berhadapan dengannya.

Allah S.W.T telah berfirman, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " [QS.A-Ruum: 21]. Maka anda akan lebih mudah berasa selesa ketika jodoh sebenar anda berhadapan dengan diri anda.

3. Telah melupakan masa lalu.

Apabila jodoh anda semakin menghampiri anda, maka kenangan anda mengenai masa lalu akan semakin dilupakan. Bukan itu sahaja, anda juga sudah tidak kisah akan perkara tersebut. Anda lebih pandang kehadapan dan melihat sesuatu yang lebih jelas. Ia seumpama anda telah menerima kenyataan daripada perkara tersebut.


4. Tidak mencari lagi.

Jika anda sudah dihampiri dengan jodoh anda, maka perasaan anda untuk mencari orang lain sudah tidak ada. Anda percaya terhadap jodoh anda dengannya. Anda juga yakin bahawa dirinya adalah yang terbaik. Jika anda masih mempunyai perasaan ingin pasangan yang lain, itu bermakna anda masih belum menjumpai jodoh anda.

5. Dipermudahkan segalanya.

Siapa sangka detik perkenalan ini hanya semantara, siapa sangka dirinya adalah jiran lama anda dan siapa sangka anda mendapat restu dari ibu bapa dengan cara yang mudah. Jika dirinya adalah jodoh anda, segala perkara yang sulit itu telah menjadi mudah. Segala perkara yang dahulunya anda tidak percaya kini berlaku. Segalanya bagaikan begitu pantas sehingga anda tidak perasan ketika bila ia berlaku.

Jangan lupa melakukan solat istikarah dan memohon pertunjuk daripadanya. Semoga jodoh yang datang kepada anda itu benar-benar terbaik untuk diri anda dan masa depan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen