Ciri-Ciri Teman Wanita Ingin Segera Di Lamar Oleh Kekasih Hati.

 

Setiap wanita pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka dengan itu dirinya sentiasa bersedia jika dirinya dilamar oleh seseorang. Terutama bagi mereka yang telah mempunyai kekasih hati. Sebagai seorang wanita pasti akan malu jika mereka ini meluahkan terlebih dahulu perasaan mereka. Terutama jika dirinya ingin menyuruh teman lelakinya melamarnya. Maka dengan itu, mereka ini akan mula lakukan beberapa perkara untuk membuat pasangannya segera melamar dirinya. Mari ketahuinya.

1. Membawa bekal untuk pasangan.

Demi untuk memikat hati pasangannya, dia sanggup bangun awal mahupun mencuri masa lebih untuk membuat satu bekalan yang istimewa buat kekasihnya. Mereka juga akan memasak makanan kegemaran anda dengan penuh kasih sayang agar anda mempunyai tarikan yang mendalam terhadapnya. Bukan itu sahaja, dirinya ingin membuat anda kelihatan memerlukan dirinya.



2. Mengubah penampilan diri.

Dirinya rasa dirinya masih kurang dalam menonjolkan dirinya. Maka dengan itu dia mula mengubah penampilannya agar ia lebih menonjol apabila berhadapan dengan ramai orang. Bukan itu sahaja, dirinya juga akan menambah sedikit seri pada wajahnya serta mengubah gaya pemakaian agar lebih mudah untuk memikat hati pasangannya.

3. Berkunjung ke rumah keluarga pasangan tanpa pasangan.

Biasanya dia akan pergi ke rumah keluarga pasangan bersama teman lelakinya, tapi kini dia sudah berani untuk pergi ke rumah keluarga tanpa pasangannya. Ini adalah usaha mereka untuk lebih rapat dengan keluarga pasangan mereka serta ingin diterima baik oleh keluarga tersebut. Dan ketika ini wanita biasanya memberi gambaran kepada teman lelakinya.


4. Bercakap mengenai masa depan.

Apabila dirinya sudah mula bercakap mengenai masa depan, ia bermaksud dirinya sudah bersedia dan memfokuskan ke mana hala tuju hubungan tersebut. Dia akan mula bercakap mengenai perkahwinan impiannya, berapa anak yang dirinya mahu serta apa yang dirinya akan lakukan pada masa hadapan, itu telah menunjukkan bahawa dirinya bersedia untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama pasangannya.

5. Kerap ke majlis pernikahan rakan-rakannya.

Majlis perkahwinan rakan-rakannya kini adalah satu perkara yang penting untuk dirinya hadir. Tidak lupa juga dia akan mengajak teman lelakinya untuk pergi bersama. Tetapi dia pergi ke majlis ini bukan untuk melihat perkahwinan tetapi lebih kepada untuk melihat bagaimana majlis tersebut dan mula melihat pelamin yang ada. Dan selepas itu, dia akan meminta pendapat pasangannya bahawa majlis tersebut meriah atau pelamin dan warna majlis tersebut berkenan di hatinya.

Jadi jika anda teman wanita anda mempunyai tanda-tanda seperti itu, maka berhati-hati sekiranya anda belum bersedia. Jika tidak ia pasti akan membuat anda dalam keadaan terpaksa dan tersepit.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,225 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen