Kerap Berbeza Pendapat Dengan Pasangan? Bagaimana Untuk Hadapinya? Mari Ketahuinya.

 

Dalam perhubungan ini tidak ada yang akan sentiasa memahami serta persamaan pendapat setiap masa. Kadang kala pergaduhan yang kecil akan timbul hanya kerana setiap pasangan tidak menerima pendapatnya antara satu sama lain. Bukan tidak anda keserasian antara kalian, tetapi ia perkara seperti ini adalah satu hal yang biasa terjadi di dalam hubungan. Jadi apa yang harus anda lakukan?



1. Jangan terlalu mempunyai keinginan untuk menang yang tinggi.

Apabila anda dan pasangan tidak mempunyai perbezaan pendapat, anda jangan terlalu berkeras dengan hujah-hujah anda. Anda pasti ingin pendapat anda itu diterima pakai untuk hubungan anda, tetapi jika anda terlalu berkeras untuk menang ia akan membuat hubungan bertambah tegang.

2. Jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Yakin dalam membuat keputusan itu sangat bagus, tetapi jika anda hanya memahami dan mendengar pendapat anda itu adalah satu perkara yang tidak adil. Anda seharusnya cuba untuk mendengar apa yang ingin pasangan anda sampaikan. Berikan dirinya ruang untuk mempertahankan dan menjelaskan pendapat dirinya.

3. Jangan takut untuk bertanya.

Jika anda ragu-ragu akan pendapat dirinya, cuba untuk bertanya kembali padanya. Cuba untuk pinta dirinya jelaskan mengenai pendapatnya dengan lebih jelas. Jangan sesekali membuat diri anda tertanya-tanya apa yang ingin disamapikan dirinya. Ia akan membuat anda kelihatan lebih mementingkan diri anda.


4. Cuba untuk berada di tempat pasangan.

Apabila anda tidak memahami apa yang ingin pasangan anda sampaikan, serta mengapa dirinya berpegang teguh terhadap pendapatnya, cuba anda letakkan diri anda di tempatnya. Bukan hanya itu, cuba memahami mengapa keputusan tersebut dibuat olehnya.

5. Mencari jalan tengah.

Jika kedua-duanya tidak mahu mengalah antara satu sama lain, apa kata cuba untuk mencari jalan lain yang memberi kepuasan antara kedua pihak. Cuba bandingkan pendapat kalian dan cari di mana persamaannya, jika anda persamaannya ambil perkara tersebut sebagai keputusan kalian.

Jangan menganggap bahawa apabila berlaku perselisihan pendapat itu bermakna anda dan pasangan itu tidak serasi. Hal ini kerana, ia adalah satu perkara yang lumrah dalam kehidupan.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,225 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen