Nak Kahwin, Tapi Duit Tak Cukup Malah Semakin Berkurangan, Kenapa Terjadinya Perkara Sebegini? Jom Lihat 7 Situasi Ini.

 

Merancang perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Walaupun anda bijak berdikari tetapi tidak mampu mengawal perbelanjaan, susah juga. Semua barang mahu yang branded, gaya hidup juga tidak mahu kalah dengan orang lain.



Jom lihat mengapa perkara ini sering terjadi…

1. Beli kereta lebih daripada kemampuan.

Anak muda zaman sekarang seperti tergila-gila dan terkejar-kejar mahukan kereta yang mewah. Padahal fungsi kereta asalkan bergerak, engine okay, maintenance jaga, pasti tiada masalah. Walaupun gaji rendah, sanggup untuk memiliki kereta mewah kerana semasa berada di kampung, boleh lah bermegah tunjuk pada orang lain. Padahal duit minyak, duit tol masih minta pada ibu bapa.

2. Gaya hidup yang mewah.

Lepas pulang daripada kerja minum petang di Starbuck. Setiap hari minggu membeli belah bukan dikedai 3 helai RM50, tetapi sehelai RM100. Malah beli barang semua diluar kemampuan.



3. Tawaran harga murah.

Mudah terpengaruh dengan tawaran harga runtuh di setiap kompleks beli belah. Setiap kali pulang daripada kerja, pasti tempat itu sahaja persinggahan anda. Kata mahu cuci mata, tetapi tiba-tiba TER-beli.

4. Mahukan keseronokan.

Anak muda zaman sekarang hidupnya mahukan keseronokan dan berhibur sahaja. Katanya stress kerja, jadi kena pergi karoke, shopping, menonton wayang, makan makanan mahal untuk melepaskan tekanan. Jadi, bagaimana mahu menyimpan duit untuk kahwin?

5. Pengaruh kawan pergi travel.

Disebabkan cemburu melihat kawan yang sentiasa pergi travel jauh daripada negara, jadi anda pun menyimpan duit untuk travel sahaja. Bila teman lelaki tanya mana duit simpanan nak kahwin? Anda pun tersenyum sipu dan mula berkata “Alaaa…masa muda-muda ni la nak travel tengok negara orang..nanti dah tua tak ada tenaga nak pergi semua tempat”

Habis tu asyik simpan duit untuk travel sahaja, bagaimana nak simpan duit untuk kahwin? Ke memang tak serius nak kahwin?



6. Bebanan hutang.

Majoriti anak muda yang bekerja sekarang pasti ada hutang PTPTN untuk dibayar. Jadi, jangan lah menambah hutang semata-mata untuk keseronokan hidup. Hutang kereta juga jangan lah sehingga separuh daripada gaji anda. Bill telefon jangan sampai RM200 sebulan.

7. Taksub dengan gajet.

Ada juga anak muda yang terlalu taksub dengan gajet. Pantang lihat telefon bimbit baru dipasaran, pasti mahu memilikinya secepat mungkin. Tak mahu kalah orang kata. Pakai telefon mahal, tetapi kredit telefon sentiasa tak cukup.

Nak kahwin ni, jangan lah terlalu kejar pada kebendaan. Ketika ini lah didik diri anda untuk tidak terlalu boros, supaya anda selepas perkahwinan anda tahu untuk menguruskan kewangan. Jangan lah malu bergaji kecil, tetapi malu lah jika anda pura-pura kaya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen