10 Penyebab Lelaki Handsome Masih Single Walau Usia Sudah 30-an

 

SUKAR hendak dipercayai, jika diperhatikan dari segi penampilan luaran dan rupa paras, pasti semua wanita menyangka si jejaka kacak itu sudah berpunya. Tetapi jangan salah sangka kerana di zaman sekarang ini terdapat ramai lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak bergaya tetapi masih hidup solo.

Ramai wanita yang tertanya-tanya mengapa golongan sebegini selesa menjalani kehidupan solo tanpa seorang insan bernama kekasih atau isteri di sisi. Mungkinkah mereka ini lelaki normal atau sebaliknya?

Untuk menjawap segala pertanyaan yang bersarang di minda, kini didedahkan 10 alasan mengapa lelaki kacak masih single walaupun kehidupan yang mereka lalui serba sempurna :

1. Terlalu Jual Mahal.
Kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi, mungkin si jejaka kacak merasakan dirinya digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

2. Persepsi Sukar Didekati.
Perempuan biasanya menganggap si jejaka kacak agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai ke tualah si kacak membujang.

3. Maintenance Tinggi.
Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari jadi.

4. Serik Dikecewakan.
Ada juga lelaki kacak yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit dalam percintaan yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih. si jejaka merasakan lebih bahagia hidup bersendirian dan fokus pada rutin seharian. Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita yang tidak pandai menghargai dirinya. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.

5. Mencari Pasangan Ideal.
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang kacak pastinya mencari pasangan yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan. Akur dan redhalah pada jodoh yang datang.

6. Terlalu Banyak Pilihan.
Pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang kacaklah katakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.

7. Terlalu Komited Dengan Kerjaya.
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang kacak biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri.

8. Gosip Terlalu Banyak.
Orang yang kacak selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si kacak keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham si jejaka. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si jejaka kacak sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan 'saham'nya jatuh dan si jejaka terus hidup keseorangan.

9. Duit Simpanan Belum Cukup.
Mungkin kedengaran sedikit melucukan tapi inilah antara alasan paling munasabah kenapa ramai jejaka yang memilih untuk hidup single. Si jejaka takut pasangannya kelak akan alami kesukaran hidup disebabkan dia belum berkemampuan untuk menyara keluarga.

10. Tidak Mahu Hidup Terkongkong.
Ada juga jejaka yang sudah biasa hidup sendiri dan berdikari serba serbi sekian lama. Mereka berasa selesa dengan rutin kehidupan yang dilalui sehari-hari. Tiada komitmen pada orang lain, malas nak melayan karenah orang perempuan mahu itu dan ini yang boleh buat ketenangan yang selama ini mereka kecapi lenyap begitu saja. Mungkin golongan ini agak mementingkan diri namun itulah kenyataannya. Mereka merasakan daripada menyusahkan hidup anak orang apabila berumahtangga kelak lebih baik mereka terus hidup solo.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen