Ingin Serlahkan Kecantikan Anda Seperti Scha Alyahya? Ini Tipsnya.

 

Baru-baru ini Bio-Essence yang merupakan sebuah jenama penjagaan kulit yang terkemuka telah menganjurkan Tayangan Premier untuk Filem “Mission: Imposssible – Fallout’ di MBO, The Starling Mall, Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh selebriti jelita Scha Alyahya yang juga merupakan Duta Bio-Essence.

Kebanyakkan hadirin yang hadir pada malam tayangan itu kelihatan teruja dan terpesona dengan penampilan Scha Alyahya yang kelihatan sangat berseri. Ada antara hadirin yang tidak dapat menahan diri daripada bertanya terus kepada Scha Alyahya tentang apakah yang diamalkan oleh Scha Alyahya dalam menjaga kecantikkannya. Maklumlah, selain sebagai seorang model, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya juga merupakan seorang isteri dan ibu. Oleh itu, rutin hariannya pasti sibuk. Namun, kecantikkannya masih menyerlah di samping kulitnya yang kelihatan sihat berseri.

Scha Alyahya tidak lokek berkongsi rahsia kecantikkannya. Bertuah sungguh hadirin yang hadir pada malam itu kerana dapat mengetahui dari Scha Alyahya sendiri mengenai penjagaan kecantikkan. Rahsianya adalah, Scha Alyahya menggunakan produk Bio-Essence. Scha Alyahya mengakui Bio-Essence banyak membantunya dalam mendapatkan kulit yang ‘Flawless & Glowing’. Telah bertahun lamanya beliau setia menggunakan produk Bio-Essence ini sebagai rutin harian penjagaan wajahnya. Antara produk yang sangat digemarinya adalah Bio-Gold Golden Ratio Double Serum yang sangat efektif dalam menghalang tanda-tanda penuaan dan garis halus. Produk ini adalah kombinasi bahan Golden Serum dan Golden Oil yang mengandungi bahan anti-oksidan yang boleh melawan radikal bebas dan dapat memberikan kulit yang berseri dan licin. Pemakaiannya juga begitu mudah dan menjimatkan masa kerana hanya menggunakan 1 produk, dalam masa yang sama Scha Alyahya turut mengaplikasi 2 bahan penting (Golden Serum dan Golden Oil) itu di wajahnya.

Scha-Alyahya mendedahkan lagi rahsianya, produk Bio Energy Complex™ rupanya adalah bahan yang telah dipatenkan dan kewujudannya di dalam produk anti-penuaan Bio-Essence boleh menganjalkan kulit dan berupaya mengaktifkan penyerapan produk penjagaan kulit dengan lebih baik. Ianya membantu dalam memberikan tenaga, membaiki dan membina kulit baru, serta berupaya memancarkan kecantikan dan kesihatan dari dalaman dan juga luaran.

Bagaimana? Adakah anda juga inginkan penampilan kulit wajah yang tampak berseri dan sihat? Scha Alyahya telah berkongsi rahsianya. Kini, terpulang pada anda untuk mencubanya. Produk Bio-Essence ini mudah untuk didapati di AEON, AEON Wellness, AEON Big, Watson, Guardian, Caring, The Store, Tesco, Billion dan juga di semua farmasi yang terkemuka di seluruh negara.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen