Mengapa Lelaki Lebih Banyak Diam Apabila Bergaduh Dengan Pasangannya? Mari Ketahuinya.

 

Rata-rata lelaki lebih suka mendiamkan diri apabila berlakunya pergaduhan bersama pasangannya. Bukan itu sahaja, mereka ini seolah-olah tidak mahu membalas apa yang pasangan mereka ini katakan kepada mereka. Adakah tindakan mereka yang hanya berdiam diri itu menunjukkan bahawa dirinya bersetuju dengan kata-kata pasangannya atau lebih menghormati pasangannya, mari ketahuinya.



1. Cuba lihat diri anda, jika anda seorang yang wanita degil, kemungkinan mereka malas untuk melayani anda. Hal ini kerana, lelaki biasanya enggan melayan pasangannya yang keras kepala ini. Sebab itu mereka lebih memilih untuk berdiam diri hingga tiba pada masa yang sesuai untuk lakukan perbincangan yang lebih tenang.

2. Seorang lelaki sukar mengawal emosi mereka. Maka dengan itu, mereka lebih banyak diam apabila pergaduhan berlaku. Mereka takut sekiranya mereka turut membalas hujah anda ia akan membuat keadaan semakin keruh serta menyakiti anda.

3. Apabila anda memulakan pergaduhan, kemungkinan waktu itu tidak sesuai bagi diri. Mungkin dirinya sedang penat ataupun tidak sihat untuk membalas segala hujah anda. Maka dia akan lebih banyak senyap daripada membalasnya.


4. Boleh jadi juga mereka ini sudah masak akan perangai anda, maka dia hanya mahu melihat anda meluahkan segala yang terbuku di hati anda sehingga anda benar-benar rasa ia sudah selesai. Selepas itu, dia akan memujuk anda dan menenangkan diri anda.

5. Mereka tidak takut akan anda, tetapi lebih hormat pada diri anda. Dirinya beranggapan anda berhak untuk meluahkan rasa yang tidak puas hati atau pun kesilapan yang dilakukan. Maka ia memilih untuk senyap dan fahami apa yang anda inginkan sebenarnya.

6. Bagi mereka pergaduhan ini hanya membuang masa mereka. Di mana mereka perlu menegakkan perkara yang tidak pernah mereka lakukan. Maka apabila dirinya berdiam diri, pasangan mereka ini akan lebih cepat bertenang berbanding dengan mereka membalas hujahnya.

Sebagai seorang wanita, jangan sesekali cuba untuk menjentik sifat amarah lelaki. Hal ini kerana, apabila mereka ini marah akan sesuatu, ia boleh membuat dirinya hilang kawalan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,278 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen