Benarkah Teman Lelaki Berambut Panjang Lebih Bersikap Sabar? Jom Lihat Antara Kebaikan Yang Lain.

 

Wanita sering memilih lelaki yang berambut pendek untuk dijadikan pasangannya, kerana lebih kelihatan kemas dan segak. Tetapi lain pula pada mereka yang lebih gemar memilih pasangan berambut panjang kerana si dia mempunyai karisma yang tersendiri.



Jom ketahui ciri-ciri lelaki yang memiliki rambut panjang…

1. Mempunyai sikap yang lebih sabar.

Menunggu rambut panjang memang memerlukan kesabaran. Tambahan pula, bukan mudah untuk menjaga ataupun merawatnya. Lelaki yang berambut panjang biasanya lebih sabar dan penuh perhatian. Sebagai wanita kesayangannya, sudah pasti si dia akan menjaga anda sepertimana dia menjaga dan menyayangi rambutnya yang panjang itu.

Mungkin disebabkan itu kebanyakan perempuan lebih bersabar daripada lelaki kerana majoritinya memiliki rambut panjang, bukan?



2. Ada extra getah rambut.

Jika anda berambut panjang, sudah pasti pernah berasa benggang apabila tertinggal getah pengikat rambut ataupun ia terputus secara tiba-tiba. Untung jika anda mempunyai kekasih yang berambut panjang. Boleh pinjam getah rambutnya!

3. Boleh pergi ke salon rambut sama-sama.

Anda berdua juga boleh pergi ke salon rambut bersama-sama sebagai aktiviti ketika bertemu. Pasti seronok jika mempunyai kawan-kawan yang berambut panjang untuk ke salon, lebih ramai lebih meriah. Dan jika teman lelaki berambut panjang pasti si dia juga tidak teragak-agak untuk menemani anda, walaupun dibahagian muslimah. Boleh sahaja si dia melihat trend rambut terkini di majalah.



4. Boleh jadi model rambut.

Jika anda adalah seorang yang suka mengambil gambar, melukis atau segala perkara yang akan menggunakan daya kreativiti anda, kekasih anda yang berambut panjang pasti akan memberikan gambar yang berlainan dan unik. Malah rambut lelaki kebiasaannya lebih lembut dan mudah didandan dengan pelbagai bentuk. Tidak lah pendandam rambut pening untuk menggayakannya.

5. Kebanyakan lelaki yang berambut panjang bersikap sempoi.

Lelaki berambut panjang sering dikaitkan dnegan imej yang serabut, tidak kemas dan sering nampak ‘huru-hara’. Sebenarnya lelaki berambut panjang ini adalah jenis lelaki yang berjiwa bebas dan tidak suka nampak terlalu kemas. Lelaki berambut panjang biasanya kreatif dan merupakan seorang cukup selamba!



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,448 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen