Ciri-Ciri Wanita Yang Dapat Mendampingi Lelaki Baik Menurut Islam.

 

Sebagai muslimah, untuk menjemput jodoh dan memilih yang lelaki yang baik, agama adalah kriteria utama yang perlu dilihat. Selain daripada itu, anda juga perlu lah mempunyai ciri-ciri berikut..

1. Mampu menahan diri dari kemewahan dunia.

Jadilah seperti Asiah isteri kepada Firaun kerana beliau sanggup meninggalkan kemewahan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Kehidupan yang bermewah-mewah di istana bersama-sama Firaun tidaklah mendatangkan kebahagiaan yang nyata, malah Asiah terlalu lemas hidup dalam kekufuran.



Tetapi zaman sekarang ramai pula gadis meninggalkan lelaki sederhana yang bertungkus lumus mencari duit untuk perkahwinan, dan mencari lelaki yang lebih stabil dari segi hartanya. Memang tidak salah untuk memilih lelaki yang bekerjaya, tetapi jangan lah pula memberi harapan kepada lelaki lain, dan mengatakan sanggup menunggu mereka. Tetapi akhirnya sanggup meninggalkan kerana melihat wang yang banyak.

2. Mendekatkan diri pada Allah SWT.

Wanita yang sedaya upaya mencari kelemahan dan keburukannya untuk diperbaiki kerana Allah SWT. Kerana dia tahu dan redha, jika dengan perbaiki dirinya Allah SWT menjanjikan untuk memberi pasangan yang baik juga. Mempunyai kebaikan yang sama, tahap keimanan pun juga sama. Seperti Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.



3. Menjaga kehormatan diri.

Wanita yang dapat mendampingi lelaki yang baik adalah, wanita yang mampu menjaga kehormatan dan kemaluannya sendiri. Malu untuk membuka aurat dan secara tidak sengaja menggoda mata lelaki untuk meratapi tubuhnya. Jika anda mampu menjaga diri pasti ada lelaki akan menghargai anda sebagaimana anda menghargai diri sendiri.

4. Wanita yang solehah.

Wanita solehah adalah dambaan setiap lelaki yang baik dan beriman. Kerana wanita yang solehah bakal melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Rasulullah SAW bersabda;

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim)



5. Sabar dalam menghadapi setiap masalah.

Ciri-ciri wanita yang dapat memikat lelaki yang baik adalah sabar menghadapi setiap masalah. Tidak cepat melatah, merungut dan mengeluh. Bersabar untuk menyelesaikan masalah dan konflik supaya ia tidak berlarutan.

6. Mempunyai hati yang tulus dan tidak berpura-pura.

Lelaki yang baik juga pasti akan jatuh cinta pada wanita yang mempunyai hati tulus. Sesiapa sahaja pasti tidak suka pada seseorang yang suka berpura-pura, bukan? Jadi, jangan lah terlalu berkeras apabila anda mengenali dengan seorang lelaki.

Selain daripada itu, wanita yang dapat mendampingi lelaki yang baik adalah mereka yang menyayangi anak-anak yatim, berwawasan luas, jujur dan amanah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 612,798 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen