Jom Ketahui Antara Kewajipan Wanita Setelah Berkahwin Terhadap Mertua Mereka.

 

Setelah berkahwin, wanita yang telah bergelar isteri bukan sahaja perlu taat kepada suami, tetapi jangan lupa juga taat kepada ibu bapa mertua. Sebagai orang muslim, ibu bapa pada si suami adalah pihak ketiga di dalam keluarga si wanita perlu hormat, bertanggung jawab seakan ibu bapa nya sendiri dan menjaga tutur kata seperti Allah SWT telah berfirman;

“…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat….” (Al-Baqarah: 83)

Jangan lah anda setelah berkahwin hanya menumpukan pada suami sahaja apabila tinggal bersama dengan ibu bapa mertua kelak. Jom ketahui antara kewajipan wanita terhadap ibu bapa mertua mereka…

1. Menjaga kata-kata.

Seperti menjaga ibu bapa sendiri, anda tidak boleh mengungkapkan kata-kata yang tidak menyenangkan hati mereka, berkata-kata kasar, mengumpat malah mencaci. Anda seharusnya menjaga perkataan yang bakal diungkapkan. Itu adalah kewajipan anda seperti yang telah diperjelaskan dalam surah Al-Isra’ ayat 23.



2. Menjaga ketika mereka sakit.

Ibu bapa mertua juga tidak terkecuali untuk dijaga ketika sudah lanjut usia dan mempunyai pelbagai penyakit. Sebagai anak menantu yang baik, anda sebagai wanita seharusnya mengambil berat dan bertanggung jawab sekiranya mereka jatuh sakit. Bukannya mengelak dan mengatakan;

 “Ahhh….itu bukan ibu bapa aku, kenapa aku pulak yang nak kena jaga? Bukan suami aku ke yang patut jaga dorang?”

Jangan sesekali mengungkapkan kata-kata begitu. Setelah berkahwin mereka juga ibarat sebagai ibu bapa kandung anda sendiri, jangan buat mereka terkilan dengan perbuatan anda.

3. Tidak menyembunyikan cucu daripada mereka.

Anak yang anda lahirkan adalah darah daging mereka juga, kerana ia hasil persenyawaan antara anda dengan anak mereka iaitu suami anda sendiri. Jadi, anda tidak boleh menyembunyikan hal cucu daripada mereka. Melahirkan zuriat adalah tali pengikat antara 2 keluarga. Keluarga anda dengan keluarga suami anda.

Perkara ini akan terjadi apabila, anda tidak menyukai ibu bapa mertua, jadi anda sanggup tidak memperkenalkan anak anda pada mereka.



4. Memberi ruang kepada suami untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Wanita lebih mudah berasa cemburu apabila melihat suaminya berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Ini kerana wanita lebih beremosi dan mahukan perhatian 24 jam daripada suaminya. Oleh sebab itu, ciri-ciri wanita yang berdikari kadang-kala memikat hati lelaki. Bukannya berdikari pergi ke mana sahaja tanpa si dia, tetapi anda tahu apa yang anda perlu lakukan sekiranya suami sedang melayan ibu bapanya sendiri. Jangan lah merengek dan manja tidak kena tempatnya.

5. Jangan melarang suami untuk melawat ibu bapanya.

Sebagai isteri yang taat, dan anak yang baik pada ibu bapa mertua, anda seharusnya tidak boleh melarang suami untuk melawat ibu bapanya sendiri dimana sahaja. Syurga suami anda masih kekal dibawah tapak kaki ibunya. Syurga anda dibawah tapak kaki suami. Jadi, jangan lah anda melarang suami untuk berkunjung ke rumah orang tuanya tidak kira masa, waktu dan tempat. Didik diri untuk menjadi ikhlas.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen