Jangan Cepat Perasan! Ini 11 Tanda Lelaki Sukakan & Mahukan Anda.

 

Tanda Lelaki Mahukan Dan Sukakan Anda.

Pada permulaan perhubungan yang baru memutik mungkin tanda-tanda si dia jatuh cinta pada anda tidak terlalu ketara apatah lagi jika perhubungan itu baru sahaja terjalin. Jadi bagaimana caranya untuk mengesan jika si dia mahukan sebuah perhubungan serius bersama anda? Apakah tanda ketara yang si dia mencintai anda? Selidik jika si dia benar-benar mencintai anda dan mahukan sebuah perhubungan yang pasti akan menjejak ke alam perkahwinan bersama.



1. Renungan mata.

Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai seseorang atau sesuatu, mereka akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benarbenar jatuh cinta akan anda.

2. Jatuh hati.

Jika seorang lelaki sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu tentang peribadi, keinginan, impian dan inspirasi tentang anda, hakikatnya si dia sudah mula mencintai anda.



3. Memperkenalkan anda dengan rakan-rakannya.

Jejaka yang dilamun cinta tidak akan takut untuk memperkenalkan teman wanitanya kepada sahabat-sahabatnya. Jika anda berpeluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, itu sememangnya satu tanda yang si dia benar-benar ikhlas bersama anda.

4. Membawa anda menemui keluarganya.

Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik melambangkan cintanya pada anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk fasa perhubungan yang lebih matang.



5. Menjadi yang pertama menghubungi anda.

Jika si dia sentiasa menelefon atau menghantar mesej kepada anda, tahukah anda bahawa si dia seorang yang jujur dan ikhlas kepada anda. Secara tidak langsung itu menandakan si dia mengambil tahu tentang anda.



6. Meluangkan masa bersama anda.

Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti si dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengahari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.

7. Mudah mempamerkan rasa cemburunya.

Ianya normal jika si dia kelihatan cemburu pada satu situasi, asalkan si dia tidak melebih-lebih kerana selalunya jika lelaki mula cemburu, itu melambangkan si dia punya hati pada anda.



8. Berbicara mengenai masa hadapan.

Lelaki tidak akan berbicara tentang sesuatu perkara yang serius jika mereka tidak menyukainya. Jika si dia mula berbincang bersama anda tentang kehidupan kalian di masa hadapan atau mungkin berjenaka tentang 10 tahun akan datang berkaitan kalian, ia satu petanda besar yang hubungan yang kalian mula jalinkan ini akan kekal lebih lama.



9. Melindungi pasangannya.

Selalunya apabila seorang lelaki mula bersikap melindungi kepada anda, ianya menandakan tanda  cintanya pada anda adalah kukuh. Sebagai contoh, lelaki akan memastikan yang anda selamat tiba di rumah tanpa sebarang masalah dan gangguan, dan setelah itu barulah si dia beredar pergi apabila menghantar anda di rumah kerana si dia tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku kepada orang yang dia sayangi.

10. Si dia tidak boleh kekal marah kepada anda terlalu lama.

Jika pasangan anda tidak boleh kekal dengan mood marah kepada anda lebih dari beberapa jam, itu bermakna yang si dia terlalu cinta kepada anda. Apatah lagi jika si dia yang meminta maaf terlebih dahulu walaupun si dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi, hakikatnya dialah yang anda cari selama ini.



11. Ungkapan “I love you”.

Terakhir sekali, bila tiba masa si dia membuat pengakuan mencintai anda, itulah masa yang anda ketahui isi hatinya yang sebenar. Lelaki sebenarnya mencari masa yang sesuai untuk mengucapkan kata cinta itu untuk mengenal pasti isi hatinya terlebih dahulu sebelum meluahkannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,146 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen