Hukum Seorang Isteri Bekerja Menurut Islam (Bahagian 2)

 

Menurut beberapa Ulama’ hukum seorang wanita yang bergelar isteri bekerja adalah seperti berikut…

4. Mendapat izin dari orang tua, wali atau suami.

Seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 34;

“….Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya…”

Jika ingin menjadi isteri yang solehah dan diredhai suami maka mereka perlu bijak menjaga diri sendiri diluar rumah. Sesungguhnya jika mereka keluar daripada rumah tanpa izin suami adalah berdosa. Wanita juga boleh melakukan kerja di luar rumah asalkan ia tidak memudaratkan.

5. Pekerjaannya tidak menjadi pemimpin bagi kaum lelaki.

Seperti kenyataan dari Ulama’ Abd Al-Rabb, wanita tidak boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam suatu masyarakat atau suatu negara, berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan bahawa suatu kaum yang melantik wanita menjadi pemimpin tertinggi tidak akan memperoleh kemenangan atau kejayaan selamanya.



HARAM

Sebahagian Ulama’ berpendapat wanita bekerjaya tidak sesuai dengan ajaran islam kerana hakikatnya wanita harus bekerja di dalam rumah untuk menguruskan keluarga dan anak-anak. Perubahan sikap wanita yang menjadi derhaka akan mengakibatkan ia menjadi haram untuk mereka bekerja di luar rumah.

Seperti seorang wanita yang mempunyai gaji yang lebih besar dan mengakibatkan mereka menjadi riak dan memperkecilkan suaminya yang bergaji rendah. Perkara ini menunjukkan wanita tersebut telah derhaka pada suaminya.

Malah jika wanita itu belum berkahwin dan terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga menidakkan sunnah Nabi SAW. Di samping itu, ia menjadi haram sekiranya seorang isteri curang di tempat kerja sehingga menyebabkan perceraian.



WAJIB

Hukumnya menjadi wajib sekiranya di dalam keluarga tersebut tiada lagi yang dapat memberi nafkah kepada orang tuanya yang sakit dan lanjut usia. Hanya dia seorang sahaja yang masih sihat dan mampu bekerja mencari rezeki. Terutama pada mereka yang anak tunggal.

Dan juga apabila suaminya jatuh sakit dan tidak mampu untuk mencari nafkah.

Kesimpulannya, tidak dijelaskan di dalam Al-Qur’an bahawa wanita itu tidak boleh bekerja untuk mencari rezeki. Menurut islam, wanita juga boleh bekerja sekiranya ia memenuhi syarat dan syarak Islam yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai perempuan seperti memasak, menjahit atau menjadi jururawat.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen