Tanda-Tanda Jodoh Semakin Dekat.

 

Bagaimana untuk mengetahui jika jodoh semakin dekat? Apabila tidak dapat petunjuk di dalam mimpi melalui Solat Istikharah, anda juga boleh melihat tanda-tanda pada si dia sekiranya…



1. Saling memaafkan.

Anda selalu merasakan anda adalah seorang yang ego dan sukar memaafkan orang lain, tetapi apabila dengan si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafkan si dia, begitu juga dengan dirinya. Kalian berdua sentiasa saling bermaafan dan mudah mengungkapkan kata maaf. Perasaan itu juga sangat tulus.

2. Saling bekerjasama dan memberi motivasi.

Apabila anda berkeras mahu membuat sesuatu kerja berseorangan, dan lebih gemar bekerja tanpa teman tetapi tidak pada dia. Apabila si dia tidak bersemangat untuk memulakan kerja baru, anda bersungguh-sungguh memberi si dia motivasi dan bekerjasama untuk memperbaiki hidup. Anda berasa pelik kerana sebelum ini, anda hanya pentingkan diri sendiri malah tidak ingin mendekati seseorang.



3. Kemantapan hati.

Hati manusia mudah berbolak-balik. Perubahan pada hati dan perasaan ini menunjukkan anda tidak senang akan sesuatu perkara, ia seperti ‘sekejap anda suka yang ini, sekejap yang lain’. Tetapi apabila dengan si dia, anda mampu tetapkan hati anda pada yang satu bermaksud anda tidak lagi mencari pasangan yang lain.

4. Ketenangan jiwa.

Mempunyai rakan yang berlainan jantina ini kadang-kala akan mencetuskan pergaduhan kerana berlainan pendapat. Sudah tentu lelaki dan wanita tidak mempunyai persamaan. Oleh kerana itu kita sering dengar ‘Jangan gaduh/benci dengan seseorang, nanti rindu/sayang’.  

Perumpamaan ini bermaksud, selesai sahaja pergaduhan pasti anda tidak rasa tenang dan gelisah. Jika pergaduhan yang melibatkan emosi seperti berkasih sayang atau manja, cemburu melihat dengan orang lain sudah tentu makin lama makin sayang.



Jika pergaduhan melibatkan perebutan harta, wang dan kerjaya, makin lama makin benci.

Seperti Allah SWT berfirman;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”(Ar-Ruum: 21)

5. Memiliki keimanan dan kebaikan yang tidak jauh beza.

Untuk melihat seseorang itu setaraf dengan anda juga, lihatlah kebaikan yang dilakukan malah dengan keimanannya terhadap agama. Jika si dia sedang memperbaiki keimanan, berusaha menjadi orang yang soleh atau solehah, dan anda juga turut di dalam proses sebegitu. Berkemungkinan si dia adalah jodoh anda, kerana wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen