Paduan Persediaan Untuk Menjadi Seorang Suami Yang Baik Bagi Mereka Yang Bujang.

 

Menjadi seorang suami yang baik bukan hanya perlu mementingkan ilmu agama, kewangan ataupun kestabilan hidup. Banyak lagi perkara yang anda perlu ambil tahu dan perduli. Seorang lelaki yang masih bujang biasanya kerap kali mengabaikan beberapa perkara asas yang mampu membentuk keharmonian antara suami isteri. Apa persediaan yang perlu diketahui itu? Jom ketahuinya.



1. Belajar untuk tidak memilih makanan.

Semasa bujang ini, belajarlah untuk makan banyak jenis dan rasa makanan. Bukanlah semua jenis, tetapi pelbagaikan jenis dan rasa makanan yang kita makan. Ditegaskan di sini, JENIS dan RASA. Mana tidaknya jika anda mendapat pasangan yang berlainan cita rasa dan suka masakan jenis makanan yang berlainan tidak lah anda terlalu memilih sangat nanti. Apa yang isteri anda sediakan anda pasti akan menghargainya.

2. Pengurusan pakaian anda.

Semasa bujang, cuci baju sekali seminggu. OK je! Tetapi kena mulakan tabiat kumpulkan baju kotor dalam bakul khas. Selepas cuci, jemur sendiri. Selepas kering dan angkat dari jemuran, pastikan pakaian siap cuci tadi diletakkan di tempat yang sepatutnya. Letakkanlah bakul itu di tempat yang bukan tempat berkumpul, dalam bilik ke, dalam almari ke, belakang pintu ke. Barulah rumah tampak kemas. Apabila dah nikah nanti, isteri pun senang hati sekiranya suaminya kemas dan membantu urusan laundry sebegini.

3. Rajinkan diri untuk mengemas.

Jika anda sukar untuk mempunyai masa mengemas rumah pada hujung minggu, apa kata anda mula mengemas sikit-sikit pada hari biasa. Jangan biarkan segalanya telah begitu bersepah dan tidak teratur baru hendak kemas. Cuba untuk ringankan tulang anda sedikit. Apabila anda lakukan sedikit demi sedikit barulah tak penat dan kelam kabut.


4. Pastikan sikap pulang barang ke tempat yang asal.

Sebelum berkahwin ini anda kena mula untuk latih diri bagi meastikan semua benda di dalam rumah anda dalam keadaan teratur. Mungkin ia akan menjadi salah satu tugas seorang isteri, namun jika anda tidak membantu bagaimana keadaan rumah ingin teratur. Bukan hanya itu, kedua-dua pihak perlu sama-sama mengamalkan sikap yang bertanggungjawab ini.

Belajar untuk didik diri anda akan perkara-perkara yang asas baru lah ia akan memudahkan kehidupan anda selepas berkahwin nanti. Jika perkara asas seperti ini anda sudah abaikan, bagaimana dengan perkara yang lain.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen