Perbuatan Syirik Adalah Salah Satu Punca Menghalang Anda Untuk Bertemu Jodoh, Jom Ketahui Cara Untuk Menjaga Hati Supaya Tidak Tersesat.

 

Sebagai manusia yang tidak sempurna, kadang-kala kita tidak sedar dengan segala perbuatan dan percakapan yang dilakukan. Mungkin disebabkan hati yang kotor sukar untuk kita bertemu jodoh, jadi amalkan lah langkah-langkah ini supaya tidak mudah tersesat dan bakal bertemu jodoh kelak…



1. Berzikir.

Keutamaan berzikir dalam islam untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, melindungi diri dariperkara yang tercela, dijanjikan syurga, seperti Allah SWT telah berfirman;

“Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)”(Taha: 130)

2. Menundukkan pandangan.

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur ayat 30-31;

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka….”

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…..”



3. Menutup aurat.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”(Al-Ahzaab: 59)

4. Bergaul dengan orang-orang yang baik

“(Agama) seseorang itu sesuai dengan agama teman dekatnya, maka hendaknya kalian memperhatikan siapa yang menjadi teman dekatnya.” (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, al-Hakim dan Ahmad).



5. Berpuasa.

Dengan berpuasa dapat menahan nafsu dan menjauhkan diri daripada perkara buruk.  Apabila mencintai seseorang tetapi tidak dapat memilikinya, maka diperharuskan untuk berpuasa supaya terhindar daripada perkara yang mendatang dosa.

6. Menjaga ikhtilat.

Sebagai seorang muslim, dengan menjaga ikhtilat dimana mengurangkan perbualan yang tidak penting dengan rakan berlainan jantina adalah digalakkan. Khuatir akan terjadinya zina dari pandangan, lisan, pendengaran, dan memegang yang merupakan dosa besar.

7. Memperbanyak baca Al-Qur’an.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”(Al-Anfaal: 2)



8. Bersabar.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”(Al-Baqarah: 155)

9. Bertawakkal.

Dan langkah terakhir adalah dengan bertawakal untuk menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah SWT. Percayalah kepadaNya. Apabila Allah menentukan suatu jalan kepada kita maka itu pasti yang terbaik. Tugas kita cukup menghindari perkara-perkara dosa dan tetap mengikuti aturan agama.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen