Elak Lakukan 5 Perbuatan Ini Yang Bakal Hancurkan Rumah Tangga Orang Lain.

 

Seorang wanita yang kesunyian sering mengatakan sudah jodohnya dengan suami orang kerana hanya golongan sebegitu yang memahami mereka. Namun, ia pasti dapat dielakkan jika anda sebagai wanita tidak melakukan perkara yang dilarang seperti…



1. Komunikasi yang berlebihan.

Apabila anda mengenali seorang lelaki di tempat kerja, berkomunikasi lah tentang perkara yang penting sahaja dan mengenai kerja tersebut. Dan jika anda mengenali lelaki sebagai client atau pelanggan, maka layankan sahaja mereka sebagai pelanggan. Jangan lah terlalu berlebihan sehingga mengetahui kisah dalam kelambu mereka, sehinggakan lelaki tersebut boleh jatuh hati pada anda.

2. Merayu.

Oleh kerana itu wanita tidak seharusnya berbual berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram kerana suara manja dari seorang wanita mampu menggoda hati naluri seorang lelaki. Jika anda mahu meminta tolong dari suami orang, fikirlah banyak kali kesan buruk yang anda bakal alami. Elakkan lah merayu meminta tolong pada suami orang.



3. Mendoakan rumah tangga orang lain hancur.

Apabila anda sudah berani berkomunikasi berlebihan, merayu meminta tolong, pasti perasaan cinta akan hadir dalam hati. Dan merasakan hanya dia yang memahami. Jadi, pengaruh syaitan akan menghasut anda untuk mendoakan rumah tangga lelaki tersebut hancur, kerana anda ingin memiliki cintanya. Perkara sebegini adalah berdosa, jadi elakkan lah.

4. Memaksa untuk dinikahi.

Setelah perkara 3 di atas telah dilakukan pasti anda dengan berkeras hati memaksa lelaki tersebut untuk menikahi anda. Anda memberi mereka tekanan, dan mengugut jika tidak bernikah, anda akan memberitahu semua hal pada isteri lelaki tersebut. Jika anda mahu berpoligami, lelaki seharusnya ikhlas untuk bernikah dengan anda, bukan dengan cara paksaan malah ia mestilah dengan keredhaan isteri pertama.



5. Meminta bantuan dukun atau bomoh.

Siapa sangka pada zaman moden ini masih ada lagi manusia yang mengamalkan dukun, bomoh atau sihir. Wanita yang terdesak seperti ini pasti ada sahaja jalan untuk menghancurkan rumah tangga orang lain. Seperti rasulullah SAW bersabda;

”Barangsiapa mendatangi peramal, lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka solat nya tidak diterima selama 40 hari.” (Muslim)

”Mereka (para dukun) itu tidak ada apa-apanya.”

Para sahabat berkata: “Ya Nabi! Adakalanya mereka meramal sesuatu dan ternyata benar.”

Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah sesuatu yang didengar oleh jin kemudian dibisikannya kepada para walinya dan mereka mencampurnya dengan seratus kebohongan.” (HR.Bukhari)

Sesungguhnya, bertaubat lah kita pada Ilahi, carilah cinta yang diredhai. Jangan lah terlalu mengikut perasaan cemburu sehingga sanggup untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen