10 Kelebihan Berkahwin Dengan Seseorang Yang Anda Kenali Dari Zaman Sekolah.

 

Tidak semua insan memiliki kelebihan dan keistimewaan ini dimana dapat mengahwini seseorang yang mereka kenali dari zaman sekolah. Ia mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenali seseorang, dan berkemungkinan terlalu membosankan. Mereka yang mudah berasa bosan, terkecuali di dalam perhubungan seperti ini.

Jadi, jom ketahui 10 kelebihan tersebut....

1. Hubungan anda bertahan walaupun dugaan dan cabaran melanda.

Setelah berbelas tahun untuk menjalinkan hubungan hingga ke perkahwinan, pasti anda berdua telah menghadapi segala rintangan. Boleh dikatakan anda telah hadapi segala halilintar, petir, ribut mahupun tsunami di dalam perhubungan.

2. Reunion sekolah tidak menjadi kekok.

Jika si dia menjadi bekas kekasih anda, pasti anda akan merasa kekok untuk berjumpa ketika reunion bukan? Anda berdua juga berbangga, kerana hubungan bertahan hingga perkahwinan.

3. Rumah yang dekat.

Bonus pada pasangan yang mengenali sejak dari zaman sekolah, dan rumah yang tidak berjauhan. Mudah untuk balik raya.



4. Hubungan anda matang sebelum perkahwinan.

Hubungan yang terjalin sejak dari zaman sekolah, sudah pasti ia mengambil masa berbelas tahun. Jadi, ia bermaksud hubungan kalian sudah mencapai umur yang matang untuk menghadapi cabaran.

5. Anda berdua mempunyai gambar kenangan yang banyak

Gambar kenangan ketika sekolah seperti Hari Kantin, Hari Sukan, Hari Guru, kemeriahan setelah habis peperiksaan dan pelbagai lagi.

6. Daripada kawan menjadi kekasih dan seterusnya suami isteri.

Perubahan peranan dalam hubungan kalian berdua menguatkan lagi rasa cinta melalui emosi. Ini kerana anda telah berkongsi segala duka dan lara.

7. Anda berdua boleh berkongsi momen yang kelakar ketika sekolah.

“Abang ingat masa kat kantin dulu….” Kemudia anda berdua pasti akan bergelak tawa bersama yang membuatkan perasaan cinta itu semakin erat.



8. Hati dan perasaan anda bebas untuk berasa sepi dan retak.

Disebabkan mengambil masa yang bertahun lamanya untuk menamatkan zaman bujang, sudah pasti anda berdua sudah mengalami perpisahan yang amat menyakitkan. Namun kerana takdir anda berjumpa, sudah pasti kalian berdua tidak mahu berpisah lagi.

9. Dekat dengan ahli keluarganya.

Seperti point nombor 3, jika rumah kalian berdua berdekatan sudah pasti ia tidak membebankan lagi. Ahli keluarga anda juga mudah untuk berjumpa jika mempunyai masalah.

10. Dan yang paling penting anda berdua mempunyai hubungan yang paling lama jika dibandingkan dengan orang lain untuk dijadikan kenangan.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen