Bukan Nak Salahkan. Ini 6 Sebab Kebiasaan Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan!

 

Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan?

Ramai perempuan selalu tanya diri sendiri mengapa ditinggalkan. Untung la mana mana perempuan yang mana cantik atau tidak tapi tak pernah ditinggalkan kekasih. Tak pernah rasa kehilangan. Untung la. Entry ni bukan nak salahkan perempuan tapi cuba kita selidik sendiri dimana silap kecil/besar kita. Contohnya:



1. Merajuk.

Cuba akak akak sekalian congak dengan jari berapa kali awak merajuk seminggu?. Tak mampu congak dengan jari, nah buku tiga lima! Setiap kali merajuk sila catat dalam buku itu. Kalau melebihi sepoloh kali, korang dah buat lelaki bosan. Tambah lagi lelaki yang tak matang( Sebaya korang berumur awal 20-an atau belasan tahun) dan sejak azali dari ber-cop jenama Crocodile dan Lacoste (muka muka mulut manis tapi sebenarnya mulut panjang macam buaya).

2. Manja.

Manja berlebihan. Sikit sikit nak bergesel. Lengan boyfriend tak nak lepas dari pagi sampai malam. Bercakap dalam low note dan merengek sentiasa. Kau mampu buat camtu? bakal membuat kekasih kau rimas. Tahniah. Bakal ditinggalkan. Tapi lain pulak kalau boyfriend kau jenis gila seks. Tak ditinggalkan kot.



3. Hipokrit.

Korang (perempuan) tak menjadi diri sebenar. Berjalan sambil bilang saat. 10 saat pertama baru jalan selangkah, kemudian selangkah lagi. Nak ambil barang semua dalam slow motion depan kekasih. Lelaki mungkin tak nampak bagaimana kehipokritan perempuan tapi golongan perempuan memang nampak sambil mencarut dalam hati dan sesama golongan mereka. Geli ok geli. Terasa macam ulat bulu naik tengkuk.

4. Berprasangka.

Bf kau tengok handphone, kau tuduh dia message dengan perempuan lain. Bf datang dating lambat sebab hujan, kau kata dia dating dulu dengan perempuan lain. Bf balik kampung jumpa mak dia, kau kata dia bersiap sedia nak beli hantaran pinang anak dara orang. Hah sudah. Semua perkara dilakukan adalah salah dan ragu ragu bagi kau.

5. Gaduh/ Cari gaduh.

Lebih kurang macam prasangka la juga. Sikit sikit cari gaduh. Lepas gaduh asyik fikir ' Sebelum ni banyak kali gaduh, boleh je baik. Kira kali ni pun sama.' Tu andaian perempuan sebenarnya. Lepas tu cari gaduh lagi, lama lama salah seorang akan tawar hati. Lagi lama jadi lah.



6. Jodoh.

Senang cerita. Ada jodoh bersama la tak kira ditinggalkan berapa kali. Tapi ini biasanya untuk sedapkan hati sendiri lepas clash 'Ramai cakap muka dia iras aku, so tang mana pun dia tetap akan jadi laki aku sebab orang tua tua kata muka iras sama ada jodoh'. Lepas tu berharap-berharap berharap. Mulalah kecewa sendiri. Makan diri sendiri. Sebenarnya pasti ada yang Mr/Mrs right muncul. Ni ayat nak sedapkan hati jugak ke? Kalau takde jodoh, berpisah sampai bila bila jugak. Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki? Lain kali aku cerita, nak pergi soal selidik dulu.

Ditinggalkan adalah PENGALAMAN BERHARGA kerana kita kenal baik buruk seseorang tu dulu sebelum kita menerima padah olehnya di kemudian hari. Pengalaman kau dapat lebih berharga dari orang yang sentiasa bahagia sebab dia hanya tahu ketawa tanpa duka dan tak sedar kesilapan diri sendiri. Bila masa berubah, kau berubah dan ada hidup baru, kau akan rasa betapa bersyukurnya ditinggalkan dan tak bersama Dia. PERCAYALAH!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,197 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen