Tanda-Tanda Sesebuah Hubungan Itu Cinta Semakin Berkurangan.

 

Ada apa dengan cinta…

Sering kita mendengar dalam sesebuah perkahwinan, cinta sahaja tidak penting, ia memerlukan pernghormatan dan penghargaan antara pasangan. Tetapi jika tidak memupuk perasaan cinta, bagaimana untuk menzahirkan rasa cinta? Adakah anda perlu hormat dan hargai pada pasangan, tanpa kehadiran cinta?

Seperti mana anda hormat pada majikan hanya untuk melakukan kerja semata-mata tanpa cinta.



Jom ketahui tanda-tanda hubungan kalian sudah pudar cintanya…

1. Hati anda amat sakit apabila melihat pasangan lain yang bahagia.

Jika anda bujang, anda cemburu melihat pasangan yang telah berkahwin. Ketika anda berpasangan, anda cemburu melihat mereka yang bujang, malah lebih sakit hati pula melihat pasangan yang sedang hangat bercinta. Anda tertanya-tanya, adakah hubungan kalian tiada lagi cinta?

2. Anda kurang mengungkapkan ‘I Love You’.

Bukan sehari, tetapi dalam seminggu hanya beberapa kali sahaja anda dan pasangan mengungkap kata-kata cinta. Boleh dikira dengan jari. Semakin hari, semakin tiada ungkapan ‘I Love You’, ‘I Miss You’, ‘I Need You’…. Anda dan pasangan seperti terlalu selesa apabila tidak mengungkapkan kata-kata tersebut. Jika ungkapan tersebut diluahkan, ia seperti tiada perasaan.



3. Hubungan kalian seperti rutin harian.

Rutin harian seperti awal pagi pergi ke pejabat, membuat kerja, pulang dari pejabat, makan malam bersama kemudia terus tidur tanpa berkomunikasi. Ia berterusanseperti di hari-hari yang seterusnya. Begitu juga dengan hubungan kalian, berjumpa, bersua muka, tersenyum dan? Seperti tiada aktiviti-aktiviti baru untuk dilakukan. Hubungan menjadi semakin bosan.

4. Mendengar ungkapan ‘I Love You’ membuatkan anda tidak selesa.

Anda dan pasangan tidak lagi selesa untuk mengungkapkan kata-kata cinta, malah makin meluat pula. Oleh sebab itu, anda dan pasangan kurang mengungkapkan kata-kata tersebut. Apabila pasangan mengungkapkan ‘I Love You’ anda merasakan cinta itu semakin pudar.



5. Anda mula berangan hubungan anda dengan orang lain.

Hati-hati jika situasi ini berlaku. Kebiasaannya pasangan yang sedang bercinta, pasti membayangkan hidup mereka bersama-sama hadapi rintangan pada masa hadapan. Tetapi kali ini, anda membayangkan dengan jejaka/wanita lain pula. Mereka yang lebih baik daripada pasangan anda sendiri.

6. Anda sebenarnya menyayangi mereka sebagai kawan sahaja.

Lebih perit apabila, anda melihat dengan padangan yang berbeza. Tidak lagi si dia yang anda cintai yang sanggup merenangi lautan bersama dan mengharungi onak duri dan badai. Anda hanya melihat si dia dengan kasih sebagai seorang kawan, dan tidak lebih daripada itu. Tetapi dalam pada masa yang sama, anda tidak mahu kehilangan mereka. Itu dinamakan seorang sahabat.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen