Setelah Putus Cinta, Penantian Untuk Memiliki Jodoh Yang Terbaik Dari Allah SWT Adalah Berbaloi.

 

Pada mereka yang masih bujang dan menantikan jodoh yang terbaik dari Allah, tanamkan pada diri bahawa ia adalah satu penantian yang membawa kepada kemanisan. Janji Allah pada makhluknya tidak pernah silap. Tetapi sebelum mengharapkan jodoh yang terbaik dari Allah, anda sendiri harus tahu bahawa diri anda juga perlu menjadi terbaik disisi Allah.

Itu lah dinamakan cinta sejati. Cinta sejati itu berlandaskan pada agama.

Cinta sejati itu sangat berharga. Cinta sejati itu suci. Dan ia bukan lah satu perkara yang patut dibuang jauh.



Jodoh yang terbaik akan datang pada masa, waktu dan tempat yang telah ditentukan. Walaupun lambat, pasti ia akan datang menjelma. Ia akan datang dan mengetuk pintu hati anda ketika masa yang tidak terjangka. Ketika anda sedang memperbaiki diri dan mengharapkan redha Ilahi, saat itu hati anda terbuka untuk si dia. Melihat dia. Menerima dia dengan berlapang dada.

Mungkin sebenarnya si dia telah lama memerhatikan anda di sosial media, tetapi menunggu masa yang sesuai…

Mungkin sebenarnya si dia adalah rakan sekolah anda dahulu yang pernah meminati anda dalam diam, dan baru sahaja menemui nama anda di sosial media…

Atau bertemu dimana-mana reunion sekolah…

Mungkin anda akan bertemu ketika anda sudah mampu berdikari tanpa tanggungan ibu bapa…



JODOH YANG TERBAIK AKAN DATANG KETIKA FIZIKAL DAN MENTAL ANDA SUDAH BERSEDIA. WALAUPUN TANPA ANDA SEDAR, TETAPI ALLAH PASTI ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENERIMA SI DIA KETIKA ITU.

Ia akan datang ketika anda sudah ada keyakinan..

Ia akan datang ketika anda menyayangi dan menghargai diri sendiri…

Ia akan datang ketika anda tidak menyedarinya…



Cinta sejati akan datang jika anda sentiasa berterusan untuk sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. Ia akan muncul dalam kehidupan anda, jika itu yang anda sangkakan dan harapkan. Kerana anda berhak untuk memiliki cinta sejati. Oleh itu, pentingnya husnudzon (bersangka baik) pada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”

Maksudnya, Allah SWT menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah SWT akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah SWT akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah SWT.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen