Tanda-Tanda Teman Wanita Anda Berubah Hati Dan Cara Untuk Atasinya.

 

Laut dan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia….

Kebiasaannya pasangan yang bercinta akan mengalami pasang surut dalam hubungan. Hidup ini bagaikan roller coaster. Jom lihat dahulu tanda-tanda si dia berubah hati…



1. Mencipta pelbagai alasan.

Si dia mudah mencipta alasan untuk tidak berjumpa dengan anda. Malah semakin tidak selesa apabila bersua muka.

2. Adanya pihak ketiga.

Si dia dalam diam sudah pun mempunyai pasangan baru, dan hanya meluangkan masa dengan insan tersebut sahaja.

3. Tiada lagi perasaan risau.

Si dia tidak lagi risau tentang anda, malah tidak juga mengambil berat seperti sebelum ini. Komunikasi melalui sosial media juga semakin berkurangan. Tiada lagi kata-kata semangat darinya.



4. “Whatever….”

Apabila tiada lagi perasaan risau dan tidak lagi mengambil berat, ungkapan ini yang sering mereka katakan. Jika berlaku pergaduhan sekalipun, si dia hanya mendiamkan diri dan “Whatever…”

5. Semakin hambar.

Hambar kerana tiadanya komunikasi antara kalian berdua. Masing-masing sudah berat mulut untuk menceriakan suasana. Si dia lebih suka dengan ‘respect the silent’.

JADI, ADAKAH ANDA PERLU CEPAT MELATAH DAN MENINGGALKAN SI DIA?

Jika anda merasakan si dia adalah seorang yang ‘worth of waiting’, tidak salah anda memberi ruang untuk dirinya dan diri anda juga.

1. Fikir dahulu apakah keburukan anda sehinggakan si dia sanggup melakukan perkara tersebut.



2. Jika si dia mula mencari pasangan lain, tanyakan pada si dia, apa kebaikan yang ada pada pasangan tersebut sehinggakan dia menolak cinta anda?

3. Ingatkan kembali kebaikan yang anda pernah lakukan untuk si dia.

4. Tawan kembali hati si dia dengan memperbaiki diri anda sendiri. Bina kembali kepercayaan antara kalian berdua.

5. Sentuh hatinya dan bukan tubuh badannya dengan cara berdoa supaya hatinya lembut supaya dapat menerima cinta anda kembali.

Apabila anda cepat melatah dan terus meninggalkan si dia, khuatir anda akan meninggalkan dia dengan penyesalan. Oleh kerana itu, berbincang dahulu dan jangan tinggalkan si dia dengan memendam perasaan. Bereskan hal hati dan perasaan, jika tidak mahu pengakhiran yang mensia-siakan.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen