Tanda-Tanda Teman Lelaki Sanggup Mengambil Risiko Kerana Mencintai Anda.

 

Cinta itu sememangnya ajaib kerana ia membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja tetapi tidak mengharap apa-apa balasan. Sanggup mengambil risiko supaya dapat melihat anda gembira dan bahagia, dimana dia juga akan turut merasainya bersama dan bukan kerana terpaksa.



Apabila mencintai seseorang, kita akan menjadi sanggup membuat apa sahaja kerana ingin melihat si dia tersenyum. Kita sentiasa mahukan si dia berada disisi. Tidak jemu untuk bersama kerana kita sendiri tiada alasan untuk itu. Apa yang kita harapkan adalah, hanyalah kebahagiaan si dia semata-mata.

Jadi, adakah teman lelaki anda sentiasa membuat anda bahagia dan tertawa? Adakah teman lelaki anda adalah seorang yang akan mengambil risiko kerana anda?

SANGGUP MEREDAH LAUTAN, ONAK DAN DURI.

Sering Kita Mendengar Perumpamaan Ini Bukan? Jadi, Apakah Maksud Sebenar Disebalik Perumpamaan Ini?



1. Sanggup bertukar kerja.

Anda mengetahui bahawa teman lelaki anda hanyalah seorang pekerja yang tidak berjawatan tinggi malah bergaji kecil. Kerja di kilang juga membuatkan si dia merasa dirinya terlalu kecil untuk berdampingan dengan anda, dan mahu bekerja keras membuktikan pada ibu bapa anda bahawa si dia mampu berjaya.

Si dia mahu tunjukkan pada ibu bapa anda, dengan usahanya mencari kerja yang lebih baik mampu untuk menjaga anaknya kelak supaya hidup menjadi lebih selesa.

2. Sanggup menahan lapar.

Mencari duit untuk tabung perkahwinan pada zaman sekarang bukannya mudah kerana kos perbelanjaan yang agak tinggi. Si dia tahu anda tidak kisah jika perkahwinan tersebut tidak mewah seperti orang lain, tetapi si dia tetap mahu usahakan juga. Kebahagiaan dan kegembiraan anda adalah menjadi keutamaan si dia.

Anda juga melihat si dia bekerja siang dan malam, malah badannya semakit susut.



3. Sanggup berjumpa dengan anda walaupun jauh.

Si dia masih belum memiliki kereta. Jadi, hanya dengan motor, bas dan kemudahan awam sahaja untuk berjumpa dengan anda. Malah, si dia lebih gemar bertemu anda di rumah dan berjumpa dengan ibu bapa anda. Meluangkan masa sebegitu membuatkan si dia berasa selamat dan mampu membina kepercayaan terhadap ibu bapa anda.

Jika anda memiliki teman lelaki sebegini, jangan lah lepaskan mereka sebaik mungkin kerana mereka tidak berputus asa untuk berada disisi anda dimana sahaja.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,775 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen