Pasangan Ingin Berpisah? Katakan 4 Perkara Ini Kepada Si Dia.

 

Bagaimana reaksi anda ketika pasangan mengajak anda untuk mengakhiri hubungan? Jika anda masih cinta padanya, tentu saja reaksi awal dengan rasa marah dan kecewa padanya. Apabila hal ini berlaku, tahan emosi dan cuba berbincang baik-baik padanya. Berikut adalah empat ayat yang harus anda katakan ketika dia mengajak putus.



1. "Kenapa mahu berpisah?"

Pertama-tama tanyakan sebab mengapa dia ingin berpisah dengan anda. Adakah kerana dia jatuh cinta pada orang lain? atau kerana dia sudah penat dan malas melayan kerenah anda? Tidak mungkin pasangan akan mengajak anda putus tanpa ada sebab. Tanyakan baik-baik agar dia mahu mengatakan jujur apa sebenarnya yang membuatnya ingin mengakhiri hubungan cinta kalian. Katakan dengan tenang dan jangan terbawa emosi.

2. "Saya akan memperbaiki kesalahan diri"

Ketika anda sudah mengetahui alasan mengapa dia ingin berpisah dan ternyata itu adalah karena kesalahan anda, maka sebaiknya anda meminta maaf dan berjanji untuk memperbaiki kesalahan itu. Tidak ada salahnya meminta peluang kedua. Jangan merasa sombong untuk menyatakan apa yang anda rasa. Alasan bahawa kamu masih sangat mencintainya bisa kamu jadikan jaminan bahawa anda memang akan berubah.

3. "Boleh kita fikirkan lagi?"

Ketika dia memaafkan anda, tidak mungkin dia memiliki cukup alasan untuk tetap bertahan dengan anda. Ajak lah dia untuk memikirkan kembali tentang hubungan kalian dan apa yang akan terjadi jika kalian akhirnya berpisah. Ingatkan lah kembali bagaimana kalian saling jatuh cinta dan berapa banyak hal bahagia yang telah kalian lalui bersama. Ajak dia untuk berfikir bersama apakah alasan untuk berpisah memang jauh lebih banyak daripada alasan untuk bertahan?


4. "Semoga ini adalah yang terbaik untuk kita berdua"

Jika memang putus adalah keputusan terbaik, maka anda juga harus menerimanya. Tidak perlu memaksakan diri untuk berteman dengan bekas kekasih, yang penting adalah anda dan dia telah putus dan memastikan bahawa keputusan itu adalah yang terbaik bagi kalian berdua. Sekarang, saatnya untuk bergerak dan terus hidup masing-masing.

Anda harus membuat keputusan yang bijak apabila melibatkan perpisahan. Jangan terlalu ego hingga akan memakan diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,971 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen