“Jika Diam, Tandanya Setuju” Adakah Ia Masih Relevan Untuk Zaman Sekarang?

 

Zaman dahulu, perilaku wanita itu sangat sopan, lemah lembut apabila bertutur, cakap pun seperti berbisik. Apabila ada seorang lelaki merisik dan mahu masuk meminang, mukanya kemerahan malu. Terus berlari ke dalam bilik, kerana segan.



ZAMAN SEKARANG, MASIH ADA LAGIKAH WANITA BERDIAM DIRI TANDA SETUJU?

Majoriti wanita zaman sekarang tahu apa yang mereka mahukan. Perubahan zaman bukan lah menunjukkan wanita itu tidak tahu malu, cuma mereka punya kebebasan bersuara untuk mengatakan sesuatu perkara yang mereka inginkan. Ia terjadi, mungkin kerana adanya komunikasi dua hala dengan empunya diri.

Malah, zaman sekarang wanita perlu bijak memilih calon pasangannya supaya tidak digelar ‘perempuan malang, kerana perkahwinan itu satu perjudian’.

Jom ikuti kisah dari zaman Rasulullah SAW…



Zaman dahulu sebelum islam masuk, seorang wanita tidak dapat menolak atau memilih satu lamaran yang diajukan dan dijodohkan oleh walinya. Namun, setelah syiar Islam masuk, Allah SWT memuliakan wanita untuk memiliki hak penuh dalam memilih atau menolak lamaran yang datang atau telah dijodohkan padanya.

“Bahawa bapanya pernah menikahkan dia -ketika itu dia janda- dengan laki-laki yang tidak disukainya. Maka dia datang menemui Nabi SAW (untuk mengadu) maka Baginda membatalkan pernikahannya.” (HR. Al-Bukhari no. 5138).

Ia bermaksud, para wali haruslah bertanyakan dahulu pada empunya diri untuk memilih calon suami, jangan pula memaksa. Disarankan pada para wali untuk bertanya dahulu persetujuan dari pihak perempuan.

Jika dia adalah seorang janda, maka beritahu hal sebenar. Jika dia adalah seorang dara, maka berdiam diri seperti hadith berikut..



Dari ‘Aisyah r.a. berkata, “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai seorang gadis yang akan dinikahkan oleh keluarganya, apakah perlu dimintai pertimbangannya?” Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Ya, dimintai pertimbangannya.”

Lalu ‘Aisyah berkata, maka aku katakan kepada beliau, “Dia malu.”

Rasulullah SAW pun berkata, “Demikianlah pengizinannya, jika ia diam.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Selain daripada itu, dalam hal jodoh ini dua pihak perlu adanya rasa tertarik antara satu sama lain. Jika tiada unsur tersebut, di awal perkenalan khuatir ia akan melahirkan hubungan perkahwinan yang tidak harmoni.



Dan juga…

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Telah datang seorang gadis muda terhadap Rasulullah SAW dan ia mengadu bahawa bapanya telah menikahkanya dengan jejaka yang tidak ia cintai, maka Rasulullah SAW memberikan pilihan kepadanya (melanjutkan pernikahan atau berpisah).” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya Islam juga amat mementingkan kerelaan antara dua pihak tersebut. Jika si perempuan itu tidak rela untuk bernikah dengan lelaki tersebut, maka ia tidak boleh dipaksa. Kerana tujuan perkahwinan adalah peroleh kebahagiaan didunia dan akhirat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen